Sunday, 21 June 2015

Yes ! I'm still breastfeed my daughter

Good Morning guys.
Sunday . Kat JB ni hari bekerja.
Tapi mcm biasa, aku still duduk kt umah lagi :P
Muahahahaha.
Untung jadi penggangur ni, macam3 keje bole buat kt umah

Okay, apa aku nak share arini pasal breastfeeding
Yuppppp, dah 2tahun 2 bulan aku still breastfeed Khayla.
Alhamdullilah, niat nak breastfeed khayla sampai umur 2 tahun
berjaya sangat-sangat.
Direct feeding, Khayla takde guna botol even once.
Dia memang taknak.
So, sebab tu kemana - mana memang aku kena bawak Khayla.

Takde suppliment apa pun yang aku guna.
Maybe dah rezeki aku, Allah bagi susu yang banyak and cukup.
Even puasa pun masih ada susu yang banyak.
Btw, berat badan aku masih 40-45kg lagi.
Seluar masih pakai size S lagi.
Memang ramai yang bertanya mcm mana aku berjaya breastfeed.
Tapi , aku cakap semua rezeki dari Allah :)

Btw, banyak kot supplement yang ada sekarang
Shaklee , Herba , macam-macam ah.
Aku memang takkan nak guna sebab aku memang PEMALAS yang amat
So, sorry ler kalau aku nak guna semua tu

Uolss boleh google kalau nak dapat tips.
And aku sendiri pernah buat review pasal Shaklee
Which is boleh bantu pengeluaran susu yang banyak.
Memang ESP tu sangat membantu.
Aku penah minum sekejap, And memang banyak susu keluar by that time.

So, pada mereka yang nak jadi ibu tu
Boleh ler try google cara-cara untuk banyakkan susu.
Kalau yang memang fulltime housewife tu,
Disarankan supaya bg je direct feeding.
Tapi, susah jugak, sebab macam Khayla ni tak bole ditinggal dah.
Memang 24jam kat mana ada aku, disitu ada Khayla :)

Hello. I'm Wak Dol :)

Assalammualaikum & Very Good Morning.
Sebelum nak menyambung tido, rasa nak update sket blog ni.
Letak gambar - gambar ke apa ke sket kan.
Sebab bosan plak entry tapi kosong :P

So, today i would like to introduce you my sweety pie.
Which is yang dok teman parents aku kat rumah.



TADAAAAAAA



Ramai orang tanya pasal nama dia Wak Dol.
Ni semua keje ibu and adik aku.
We all da bosan asyik letak nama Mat Saleh.
So we all letak nama kampung sket :p
Ramai orang dok cakap kenapa letak nama tu ??
Comel kot kucen ni.
But, kalau da ibu yang nak, what should i do.
But nama panjang dia Prince Wak Dol.

Okeyh. Actually time aku beli ni Wak Dol still kitten lagi,
Time tu aroud 3 or 4 month tak silap.
Ada orang advertise sapa nak beli kitten.
Baka muka penyek.
Time tu harga RM1,600 aku beli.

Btw, Khayla lah gila sangat dengan kucen.
So aku google and jumpa.
Luckly around JB so senang nak pickup and COD je by that time.

Jaga kucen ni takde lah susah sangat sebab
Wak Dol ni pandai jaga diri sendiri.
Memang kat rumah we all lepaskan.
Tapi memang tutup pintu sentiasa supaya dia tak keluar.
Mahal woooo. Sayang pun sayang.
Ada kang yang kena curi kalau biar lepas keluar.

Kalau nak buang air masuk sendiri dalam cage or pegi toilet.
Cuma kena rajin lap mata dia je sebab air mata dia cepat keluar.
Makanan plak memang bagi makan Royal Canin sebab nak jaga bulu.
Then bawak jumpa doctor jela untuk dapatkan vaksin.
Dulu time kecik lagi memang aku anta dia pegi grooming.
Tapi bila da besar oke dah sket kitorang mandikan sendiri.




Wak Dol ni manja sangat-sangat.
Skrg bila dah besar sedap sket nak peluk.
Bulu plak rasa gebu gebas.
Kikikikiki.
Comel semacam.
Aku tak suka kucen tapi dengan Wak Dol jelah
aku boleh peluk and pegang dengan beraninya



Psst; muka anak dara ni tak mandi baru bangun tido
terus dia cari kucen kesayangan dia tuh :P



Saturday, 20 June 2015

Apa berlaku sepanjang 2 tahun


2 tahun dah berlalu .
Apa ada dengan 2 tahun ??
Macam-macam benda yang berlaku.
Sedar tak sedar cepat betul masa berlalu,
Macam kelip mata je dah 2 tahun.

Khayla Hana Awliya dah membesar dah, 
Senang hati melihat anak membesar depan mata.
Susah senang kita besarkan anak, Allah je yang maha mengetahui.
Sangat cerdik, bijak, pandai, cantik, semua ada :)

Dah 2 tahun jugak aku menjadi supermummy.
Aku dah berhenti sepenuh masa dari bekerja dengan orang.
Sekarang cari duit sendiri je.
Hati pun senang (senang ke?) , Tuhan je tahu senang atau susah.

2 tahun jugak aku dah menjadi single mother.
Bila baca balik my past story, nak termuntah pun ada.
Izzit a right time untuk aku cari pengganti bagi daddy Khayla ?
Muahahahahaha.
Nak naik pelamin ke lagi sekali.

Apa-apa pun, macam-macam suka duka yang berlaku 
sepanjang 2 tahun ni.
Orang tengok aku mcm ni, tapi hakikatnya orang tatau 
macam mana dalaman kita yang tengah rasai ni.
Semoga aku akan terus tabah dari masa ke semasa.

Btw, banyak nak story sampai aku pun tatau nak mulakan dari mana.
Mungkin kena pelan-pelan baru boleh start.
Apapun, bila da rajin menulis, aku akan terus menulis.
Semoga aku akan terus rajin untuk berkongsi cerita seperti dulu.
Tiba-tiba tangan terasa gatal plak nak menulis :)

Ramadhan Kembali . Aku mahu Active berblog semula :)

Salam Ramadhan Kareem .

Rindu dengan kalian semua, Rindu hendak menulis dan rindu untuk berkongsi cerita. Pelbagai kisah suka duka yang berlaku . Aku anggap semua ni sebagai dugaan untuk aku terus tabah menghadapi dugaan di muka bumi ni.

Yes !! Pretty sure aku nak start balik berblog. Lebih senang sekiranya aku berkongsi cerita dengan pembaca dalam ni, Seperti dahulu kala. 

Jom kita ready untuk berbuka. Then, i'm going to share anything :)
Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah