Friday, 1 March 2013

WHUT??!! WHUT??!!! DAH 34 WEEKS DAH

Alhamdullilah, syukur.
Sekarang, dapat jugak curik masa na update belog.
Penat sangat la.
Quit busy jangan cerita.
Keje, keje, and keje.

Banyak sangat benda yang na kena buat.
Kadang3 sampai 2-3 ari ta tengok belog.
Kalau ade sarang labah3, da ade dah kat belog ni hah.
Terukkan ???

Alhamdullilah, tiada apa yang berlaku lepas aku balik dari hospital aritu.
No leaking and baby semua oke.
Sekarang dah masuk 34 weeks dah.
Pejam celik tinggal 6 weeeks je na deliver.
Erk, sangat cepat kan masa berlalu.
Tup3 dah masuk March.

Oh yea, macam biase, aku na share pasal perkembangan baby week 34.
Esok lusa da masuk 35.
Cepatnya masa berlalu ..

Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami.

1 comment:

Siti Aishah Juhari said...

sis nk tnye utk rumpai bape dos yg disyorkn mkn dlm sehari??

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah