Monday, 25 March 2013

TANAMERA POST NATAL CARE SET

Hey mommies semua :)
Aicecehhhh, sekarang aku da boleh update belog yea :D
Mengapa ??
Sebab lappy aku da baik :P
Baru je incik husband amek dari hospital tadi :)

Sebab nak beranak ni, aku jadi makin busy.
Check itu ini, ada barang yang tetinggal lagi ke ta.
Lepas tu tengok kot3 ade barang yang belum baby.
Tapi, Insyaallah, semua da siap dah :)
Yang penting barang baby la, tanak ade yang tetinggal sane sini.
Nanti, aku jugak yang susah.

Btw, sebelum aku hampir melupakan, aku da grab da set bersalin yang aku na gunakan time pantang nanti.
Bukan main lame aku berpikir, aku survey3 cari ape yang sesuai, akhirnya ...
AKU JUMPA JUGAK YANG SESUAI.
Hahahaha :P

Aku jenis ta suka makan akar kayu segala.
Macam hape rase, ta sedap.
Nanti membazir je beli kalau aku rasa tanak pakai nanti.
So, aku cari yang suitable macam yang aku perlukan :D

Aku dah try survey macam3 brand.
Nona Roguy, Lessa, Mustika Ratu, Ape macam jenama semuanya la.
Tapi, semua tu ada benda yang aku ta suka.
Akhirnya, aku jumpe yang sesuai :)
Apa dia ??




JENG .. JENG .. JENG ..




TANAMERA POSNATAL CARE SET !!!!

Ni yang aku grab yea :D
Kekekeke, thanks pada seorang kawan aku kat FB yang mencadangkan aku untuk amek set ni.
Sebab dye pun sama macam aku ta suka na makan itu ini.
Just, perlu telan air teh and pil sahaja.
Plus, VCO :)

Apa yang bagus tentang TANAMERA ni yea :D
Before that, jom kita tengok, sape yang guna care set ni yea :P
Mesti korang semua teruja na tau :D



See, Dynas dengan Serina pun pakai Tanamera Posnatal Care Set yea :D
Semua da akui, product ni memang bagus :D



Meyh, kita buat kaji selidik, apa yang ada dalam Set Tanamera ni :D


Hah, nampak ta ?
Ade dalam 13 item ta silap semua sekali :D



Manjakan diri ibu atau anda dengan Set Bersalin Tanamera ini.
Ia 100 peratus daripada bahan semula jadi. Dari kandungannya hinggalah ke bungkusannya, semua produk adalah mesra alam, menggunakan kertas kitar semula tanpa peluntur yang sekali lagi boleh dikitar semula. Produknya pula tanpa sebarang pewarna tiruan, pewangi, tiada toksik dan tanpa pengawet.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produk Set Bersalin Tanamera dicipta khas untuk penjagaan selepas bersalin. Ia berasaskan tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak.

Ketika Mengandung
Kebanyakan wanita berkahwin berasa amat teruja apabila diberitahu doktor mereka hamil dan bakal menimang cahaya mata.

Tidak kiralah jika untuk kesekian kali pun, berita ketibaan ahli baru sesuatu keluarga itu merupakan berita yang menggembirakan para ibu dan bapa.

Selalunya, usaha menjaga anak dalam kandungan itu melebihi usaha menyediakan si ibu untuk proses kelahiran dan penjagaan selepas bersalin.

Tanamera telah mencipta rangkaian produk khas untuk perkembangan positif wanita mengandung. Ini kerana ibu yang sihat lebih mudah menghadapi cabaran menjaga ahli baru keluarganya

Penjagaan Selepas Bersalin
Orang yang paling penting dalam proses kehamilan dan kelahiran adalah ibu itu sendiri. Seorang ibu sanggup mengenepikan keperluannya untuk berehat, sembuh dan segar semula selepas kelahiran semata-mata untuk memberi perhatian kepada keperluan cahaya mata barunya.

Tempoh berpantang sebenarnya bermula sebaik selepas kelahiran anak, maka ia tidak harus diambil mudah atau diabaikan.

Bagi ibu-ibu di negara Asia, tempoh berpantang adalah sekurang-kurangnya 30 hari. Dalam tempoh ini, tubuh seorang ibu mula kembali kepada bentuk asal sebelum hamil. Ini termasuk perubahan dari segi tahap hormon dan saiz uterus.

Pada masa ini, kebanyakan ibu di negara Asia akan menjaga pemakanan mereka dengan bersungguh-sungguh di samping mendapatkan rawatan tradisional untuk membantu pemulihan keadaan fizikal dan mental mereka kepada asal.

Set ini amat bermanfaat kepada wanita muda dan moden yang ingin mengamalkan cara berpantang tradisional di rumah mereka. Ia menawarkan program rawatan pemulihan semula jadi yang mudah untuk diikuti.

Minyak Kelapa Dara Produk utama rangkaian penjagaan ini adalah VCO, atau pun minyak kelapa dara (Virgin Coconut oil).

Adalah disarankan untuk menggunakan VCO ketika mengandung untuk kesan regangan dan juga selepas bersalin untuk memudarkan kesan parut. VCO bersifat antiseptik dan melembabkan. Ia juga membantu menguatkan tisu perantara. VCO elok disapu dua kali sehari selepas mandi. Kesan terbaik boleh didapati dengan mengurut minyak ke atas kulit yang lembab.

VCO juga boleh diminum sebelum bersalin kerana ia dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran.Loo berkata mengurut kawasan perineum dengan VCO sebelum bersalin juga dipercayai mempercepatkan pembukaan serviks untuk kelahiran.

Khazanah
Produk Tanamera dihasilkan di kilang di Kuala Selangor. Ia melambangkan gabungan tiga budaya di Malaysia yang menitikberatkan penjagaan selepas bersalin.

Selain penjagaan dalam pantang Melayu tradisional seperti mengurut dan pengambilan herba, ia juga memasukkan elemen penjagaan selepas bersalin ayurvedik India. Mandian herba dan nutrisi Cina pula menyediakan penjagaan diri secara holistik selepas bersalin.

Set selepas bersalin Tanamera antara lain juga mengandungi minyak urut herba untuk perjalanan darah, teh herba, air bunga lavender, sabun badan formulasi perang, pes adunan herba, pencuci wanita, skrub badan Boreh, mandian herba dan bengkung.

Produk ini dapat digunakan sekurang-kurangnya 14 hari bermula dari hari kelima selepas kelahiran normal. Untuk hasil terbaik, produk-produk ini harus digunakan dalam tempoh masa dua tahun. Ia hanya menggunakan herba sebagai bahan pengawet.

Set Bersalin Tanamera diakui oleh Kementerian Kesihatan dan setelah memasuki pasaran antarabangsa, ia melalui saringan ketat seterusnya untuk membuktikan ia selamat digunakan, tertakluk kepada undang-undang kesihatan di negara berkenaan


Yay, jom la guna set ni yea :)
Confirm semua puas haty punya.

HOWEVER ...

Aku still akan gunakan Shaklee jugak :D
Sebab ? Aku da berniat na BF baby sampai 2 tahun :D
Semua barang BF da settle :D
Alhamdullilah :D
Tinggal na cari cooler bag je.
Tu lambat sket tape sebab aku pun pantang duk umah je mane ade jalan3 kan :D

1 comment:

wana wazm said...

wahh , congrates! produk akar kayu memang bagus. =)
btw , Pernah tengok 3 episod xpax antara amy , nick dan joe ? xpax ingin anda buat pilihan untuk amy. cepat undi pilihan anda!
http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/03/nick-atau-joe-cepat-undi-pilihan-anda.html

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah