Monday, 25 March 2013

PERUT JE LEBIH :)

UPDATE LAGI, UPDATE LAGI :)
Jangan bosan yea pembaca sekalian.
Hahaha, ini namanya BALAS DENDAM.
Kalau tatau maksud, sila cari sendiri dalam kamus :P


Cuba teka, siapa ini :D
Hahahaha ~~~~

Ekh, perut makin membesar pulak yea :P
Chumel je kan ?
Please cakap chumel :D

Maafla, tade muka, sebab memang focus kat perut je :P
Saje na tayang perut ni hah.
Bukan ape, muka aku ta chantek .
Perut lagi chantek :)

Time ni aku 37 weeks, nak pegi clinic, sempat snap.
Oh yea, esok aku ade appointment untuk 38 weeks.
So, nanti aku capture sekali dengan muka :D
MAMA VOGUE yea :D

TANAMERA POST NATAL CARE SET

Hey mommies semua :)
Aicecehhhh, sekarang aku da boleh update belog yea :D
Mengapa ??
Sebab lappy aku da baik :P
Baru je incik husband amek dari hospital tadi :)

Sebab nak beranak ni, aku jadi makin busy.
Check itu ini, ada barang yang tetinggal lagi ke ta.
Lepas tu tengok kot3 ade barang yang belum baby.
Tapi, Insyaallah, semua da siap dah :)
Yang penting barang baby la, tanak ade yang tetinggal sane sini.
Nanti, aku jugak yang susah.

Btw, sebelum aku hampir melupakan, aku da grab da set bersalin yang aku na gunakan time pantang nanti.
Bukan main lame aku berpikir, aku survey3 cari ape yang sesuai, akhirnya ...
AKU JUMPA JUGAK YANG SESUAI.
Hahahaha :P

Aku jenis ta suka makan akar kayu segala.
Macam hape rase, ta sedap.
Nanti membazir je beli kalau aku rasa tanak pakai nanti.
So, aku cari yang suitable macam yang aku perlukan :D

Aku dah try survey macam3 brand.
Nona Roguy, Lessa, Mustika Ratu, Ape macam jenama semuanya la.
Tapi, semua tu ada benda yang aku ta suka.
Akhirnya, aku jumpe yang sesuai :)
Apa dia ??




JENG .. JENG .. JENG ..




TANAMERA POSNATAL CARE SET !!!!

Ni yang aku grab yea :D
Kekekeke, thanks pada seorang kawan aku kat FB yang mencadangkan aku untuk amek set ni.
Sebab dye pun sama macam aku ta suka na makan itu ini.
Just, perlu telan air teh and pil sahaja.
Plus, VCO :)

Apa yang bagus tentang TANAMERA ni yea :D
Before that, jom kita tengok, sape yang guna care set ni yea :P
Mesti korang semua teruja na tau :D



See, Dynas dengan Serina pun pakai Tanamera Posnatal Care Set yea :D
Semua da akui, product ni memang bagus :D



Meyh, kita buat kaji selidik, apa yang ada dalam Set Tanamera ni :D


Hah, nampak ta ?
Ade dalam 13 item ta silap semua sekali :D



Manjakan diri ibu atau anda dengan Set Bersalin Tanamera ini.
Ia 100 peratus daripada bahan semula jadi. Dari kandungannya hinggalah ke bungkusannya, semua produk adalah mesra alam, menggunakan kertas kitar semula tanpa peluntur yang sekali lagi boleh dikitar semula. Produknya pula tanpa sebarang pewarna tiruan, pewangi, tiada toksik dan tanpa pengawet.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produk Set Bersalin Tanamera dicipta khas untuk penjagaan selepas bersalin. Ia berasaskan tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak.

Ketika Mengandung
Kebanyakan wanita berkahwin berasa amat teruja apabila diberitahu doktor mereka hamil dan bakal menimang cahaya mata.

Tidak kiralah jika untuk kesekian kali pun, berita ketibaan ahli baru sesuatu keluarga itu merupakan berita yang menggembirakan para ibu dan bapa.

Selalunya, usaha menjaga anak dalam kandungan itu melebihi usaha menyediakan si ibu untuk proses kelahiran dan penjagaan selepas bersalin.

Tanamera telah mencipta rangkaian produk khas untuk perkembangan positif wanita mengandung. Ini kerana ibu yang sihat lebih mudah menghadapi cabaran menjaga ahli baru keluarganya

Penjagaan Selepas Bersalin
Orang yang paling penting dalam proses kehamilan dan kelahiran adalah ibu itu sendiri. Seorang ibu sanggup mengenepikan keperluannya untuk berehat, sembuh dan segar semula selepas kelahiran semata-mata untuk memberi perhatian kepada keperluan cahaya mata barunya.

Tempoh berpantang sebenarnya bermula sebaik selepas kelahiran anak, maka ia tidak harus diambil mudah atau diabaikan.

Bagi ibu-ibu di negara Asia, tempoh berpantang adalah sekurang-kurangnya 30 hari. Dalam tempoh ini, tubuh seorang ibu mula kembali kepada bentuk asal sebelum hamil. Ini termasuk perubahan dari segi tahap hormon dan saiz uterus.

Pada masa ini, kebanyakan ibu di negara Asia akan menjaga pemakanan mereka dengan bersungguh-sungguh di samping mendapatkan rawatan tradisional untuk membantu pemulihan keadaan fizikal dan mental mereka kepada asal.

Set ini amat bermanfaat kepada wanita muda dan moden yang ingin mengamalkan cara berpantang tradisional di rumah mereka. Ia menawarkan program rawatan pemulihan semula jadi yang mudah untuk diikuti.

Minyak Kelapa Dara Produk utama rangkaian penjagaan ini adalah VCO, atau pun minyak kelapa dara (Virgin Coconut oil).

Adalah disarankan untuk menggunakan VCO ketika mengandung untuk kesan regangan dan juga selepas bersalin untuk memudarkan kesan parut. VCO bersifat antiseptik dan melembabkan. Ia juga membantu menguatkan tisu perantara. VCO elok disapu dua kali sehari selepas mandi. Kesan terbaik boleh didapati dengan mengurut minyak ke atas kulit yang lembab.

VCO juga boleh diminum sebelum bersalin kerana ia dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran.Loo berkata mengurut kawasan perineum dengan VCO sebelum bersalin juga dipercayai mempercepatkan pembukaan serviks untuk kelahiran.

Khazanah
Produk Tanamera dihasilkan di kilang di Kuala Selangor. Ia melambangkan gabungan tiga budaya di Malaysia yang menitikberatkan penjagaan selepas bersalin.

Selain penjagaan dalam pantang Melayu tradisional seperti mengurut dan pengambilan herba, ia juga memasukkan elemen penjagaan selepas bersalin ayurvedik India. Mandian herba dan nutrisi Cina pula menyediakan penjagaan diri secara holistik selepas bersalin.

Set selepas bersalin Tanamera antara lain juga mengandungi minyak urut herba untuk perjalanan darah, teh herba, air bunga lavender, sabun badan formulasi perang, pes adunan herba, pencuci wanita, skrub badan Boreh, mandian herba dan bengkung.

Produk ini dapat digunakan sekurang-kurangnya 14 hari bermula dari hari kelima selepas kelahiran normal. Untuk hasil terbaik, produk-produk ini harus digunakan dalam tempoh masa dua tahun. Ia hanya menggunakan herba sebagai bahan pengawet.

Set Bersalin Tanamera diakui oleh Kementerian Kesihatan dan setelah memasuki pasaran antarabangsa, ia melalui saringan ketat seterusnya untuk membuktikan ia selamat digunakan, tertakluk kepada undang-undang kesihatan di negara berkenaan


Yay, jom la guna set ni yea :)
Confirm semua puas haty punya.

HOWEVER ...

Aku still akan gunakan Shaklee jugak :D
Sebab ? Aku da berniat na BF baby sampai 2 tahun :D
Semua barang BF da settle :D
Alhamdullilah :D
Tinggal na cari cooler bag je.
Tu lambat sket tape sebab aku pun pantang duk umah je mane ade jalan3 kan :D

Start Menghitung Hari. Bila Dah Masuk 38 MInggu

Hello dunia.
Oh yea, aku rasa sungguh excited.
Another 2 weeks, aku akan deliver my gugurl :P

Kekekeke, gembiranya rasa hati.
Orang cakap, takot na bersalin.
Tapi aku rasa sangat gembira sebab Allah bagi aku rezeki yang tak ternilai.
Memang aku ta nafikan, perasaan takut ada.
Tapi, semua tu hilang bila rasa sangat gembira.

Sekarang ni, waktu menunggu je.
Mana tau tiba3 gugurl na keluar awal.
Sebab doctor cakap just be prepare.
Kalau da keluar tanda, just pegi hospital je terus.
Jangan tunggu lagi.

Sebab gugurl aku dah cukup bulan.
And aku pun da boleh melahirkan.
Bila tengok perut aku, macam kecik je.
Tapi last scan doctor cakap 3.16kg.
Maihhh, besar betul.
HAHAHAHA ~~~
Ni betul3 aku bagi makan yang cukup ni.
Okeyhla, aku na update sket pasal 38 weeks in pregnancy :D
Jom check it out :D



Apa yang terjadi pada janin:
Janin Anda sudah berbentuk sangat sempurna. Berat tubuhnya kini sekitar 2.75 kg, dengan panjang tubuh kira-kira 39-40 cm. Genggamannya sudah tambah kuat, yang nanti bisa Anda tes untuk menggenggam jari telunjuk Anda. Semua organ tubuhnya sudah matang dan siap digunakan untuk hidup diluar kandungan.

Apa yang terjadi pada ibu:
Untuk kebanyakan ibu hamil, dua minggu ke depan adalah masa-masa penantian. Manfaatkan waktu ini untuk memantapkan lagi ‘ilmu menyusui’ atau menyelesaikan beberapa pekerjaan rumah yang mungkin tak bisa Anda lakukan jika janin sudah lahir nanti. Tidur sianglah, baca buku atau majalah dan habiskan waktu berkualitas dengan suami Anda selagi bisa.

Bengkak-bengkak di kaki dan engkel Anda adalah gejala normal di minggu-minggu ini. Tapi jika ada pembengkakan yang tak biasa, sebaiknya segera periksakan diri ke dokter kandungan Anda. Juga jika Anda mengalami sakit kepala yang diikuti dengan gangguan penglihatan (buram, kunang-kunang), mual, atau nyeri di perut yang berkelanjutan.

Minggu ini mengapa tidak …
Membaca informasi seputar perawatan bayi. Inilah saat yang tepat untuk melahap semua informasi mengenai perawatan bayi dari berbagai sumber (majalah, buku, dsb). Anda nanti takkan punya cukup waktu untuk membaca jika janin sudah lahir (di minggu-minggu pertama kelahiran).

Tahukah Anda? Sel-sel otak janin terbentuk selama ia berada di kandungan, dan saat janin lahir, sel-sel itu saling terkoneksi lewat stimulasi visual, motorik, bahasa dan sosial. Semakin banyak koneksi ini tersambung, bayi akan semakin belajar dan mengembangkan kemampuan kognitif dan daya ingatnya (memori).

Ini artinya, selama menjalani kehamilan Anda harus bersungguh-sungguh memperhatikan asupan makanan yang bisa membantu regenerasi sel di otaknya. Temukan bagaimana Anmum Materna bisa membantu memberi awal yang baik untuk otak si kecil. Mintalah sampel gratis di sini! Pastikan Anda mendapat cukup nutrisi, begitu juga sikecil di dalam kandungan sana!

JAM 3 PAGI

Hello blogger yang masih ta tido lagi :D
Sekarang jam dah 3 pagi.
Tapi, mata aku masih lagi terang benderang.

Dah lama aku ta update belog kan ?
Mesti korang rasa aku dah beranak .
No, No, No.

Kalau aku da beranak, aku akan post terus gambar anak aku kat belog :D
Hehehehe :P
Excited ni yea .

Sejak aku dah tengah tunggu hari ni, aku rasa semacam je.
Semua sakit.
Aku penah cakap kan pasal aku sakit gigi.
Until now, gigi aku makin lama makin sakit.
Plus, punggung segala semua tempat dah start sakit.

Kalau berjalan tu, aku rasa aku jalan macam kura - kura.
Lambat yang amat.
Tapi nasib baik semua orang paham, aku ni mak buyong.
Bak kata adik aku yang bongsu tu, "akak ni jalan macam penguin".
Sampai tol aty ko yea dik :P
Yay, aku pun da start na amek leave :)
Insyaallah lagi 3 ari je aku keje lepas tu start cuti.
Ehem, ehem :p
Inilah masa yang aku tunggu3.

Lepas ni boleh la aku update belog hari3.
Tapi mesty aku update penuh dengan gambar gugurl aku :P
Kekekeke ;)
Teruja yea ade anak :P
Kalau korang na baby, kahwin la cepat3 :P

Dah lama aku ta update entry pasal baby kan :)
Mesty korang na tengok :P
Jup lagi aku update yea.
Sedang mata ta bole katup ni, aku na gunakan masa sebaikknya :P

Stay tuned ~~~~~~~

Monday, 11 March 2013

RINDU ~~~

Salam semua :)
Selamat menyantap lunch anda :)
Kekekekek ~~

Rindu aku na tulis belog macam dulu.
Rindu aku na mengomen belog org lain.
Rindu aku na stalker belog korang semua.

Tapi apakan daya, aku da ta larat da.
Lagi3 sekarang lappy anta workshop, malin susah la aku na tulis.
Ni pun guna phone tu yg aku bole menaip.
Kalau ta, bersarang la belog aku tu tade sape datang jenguk.

Sekarang aku da makin sarat.
Na jalan pun susah.
Na bangun sakit3.
Da masuk 36 weeks da pejam celik kan :)
Ta terasa yang masa ni berjalan dengan pantas.
Aku rasa macam baru smlm masuk tahun baru.
Tapi, sekarang da sampai bulan 3, pertengahan dah pun :)

Oh yea, maybe aku akan kurang menulis.
Kalau menulis sekadar coretan pendek je kot :p
Tapela, at least aku bole ilangkan rindu korang kt belog aku ni kan :)

Alhamdullilah, semua barang da prepare.
Barang baby semua da settle cuma sket3 je lagi na beli.
Ingat na beli time dorang ada buat jualan gedung kt Jb nnt 23&24hb.
Kalau baby belum keluar, bole aku ajak somi singgah menyinggah kejap :)

Thanks pada sesiapa yang byk bg tips, support kat aku sepanjang aku mengandung ni.
Thanks sangat sebab banyak membantu aku.
Anak 1st, so aku mmg tade pengalaman.

Oh yea, sape yang na order Rumpai laut tu, bole terus SMS aku 0127699915.
Sepanjang aku dalam pantang, encik somi take over yea :)
Aku tolong ape3 yg bole :)
So, dun worry customer :)

Dahlah, aku na mandi, siap3.
Lepas tu aku na pegi keje !
HAHAHAHA


BYE :)

Friday, 1 March 2013

RUTIN BIASA : Check Up Di KK

Semalam, aku pegi check up kat KK macam biasa.
Yolah, aku sekarang dah kena check up setiap 2 minggu.
So, aku pun kena patuh dengan arahan :)

Macam biasa, amek no semua.
Sekarang, aku pegi dah cepat.
Bukan apa, aku malas na tunggu lama3 kat sana.
Nanti no aku makin lambat !
Paham3 jela service kat KK cepat ke lambat !

HB aku makin  rendah, so cucuk amek darah macam biasa.
Aku rasa sekarang aku da takot na amek darah.
Tu yang sekarang asyik sakit je bila amek.
Even amek kat hujung jari je kot :P

Bila jumpa doctor, tup3 doctor tu dok sebelah umah aku je kot.
HAHAHAHA ~~~
Kebetulan ..

Macam3 dye tanya ..
HB aku rendah sebab aku da ta makan iberet folic lagi.
Aritu aku admin, dye bg aku makan yang biasa punya vitamin.
So, aku da stop makan iberet.

Then, berat aku turun sebab aku cakap makanan kat hospital ta sedap.
Sebab tu, turun sekilo.
HAHAHAHA.
Boleh terima ta jawapan tu?

Btw, baby semua oke sebab dengar degupan jantung pun oke.
Besh3.
Lagi 2 weeks pegi check lagi.
Then, start la every week check kt KK.
Aduh, makin penat mcm ni :)
Next appointment, aku kena pegi KK and Hospital.
Time tu da 36 weeks :)
Baby da bole keluar dah.
Suke, suke :P

Ingat esok or lusa na siapkan barang baby yang ta siap.
Tapi aku rasa tade kot yang ta settle lagi.
Tinggal mummy punya je blom kot :)

Okeyhla, na mandi :P
Nak keluar dengan incik hubby jup lg :P
Arini keje malam ..
Arghhh mesti mengantukkkkkk :)

WHUT??!! WHUT??!!! DAH 34 WEEKS DAH

Alhamdullilah, syukur.
Sekarang, dapat jugak curik masa na update belog.
Penat sangat la.
Quit busy jangan cerita.
Keje, keje, and keje.

Banyak sangat benda yang na kena buat.
Kadang3 sampai 2-3 ari ta tengok belog.
Kalau ade sarang labah3, da ade dah kat belog ni hah.
Terukkan ???

Alhamdullilah, tiada apa yang berlaku lepas aku balik dari hospital aritu.
No leaking and baby semua oke.
Sekarang dah masuk 34 weeks dah.
Pejam celik tinggal 6 weeeks je na deliver.
Erk, sangat cepat kan masa berlalu.
Tup3 dah masuk March.

Oh yea, macam biase, aku na share pasal perkembangan baby week 34.
Esok lusa da masuk 35.
Cepatnya masa berlalu ..

Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami.
Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah