Sunday, 6 January 2013

SEMAKIN HAMPIR. 27 MINGGU SUDAH

Sekejap je kan masa ni berlalu.
Senyap, senyap dah masuk 27 weeks dah Baby K kat dalam perut.
Tinggal 14 weeks je lagi :)
And ni last week aku berada dalam trimester ke-2 sebelum berhijrah ke trimester ke-3 pulak.
Ya Allah, baru rasa macam semalam je mengandung :P

Seronok okeyh dah nak last3 ni.
Sebab pergerakkan baby memang sangat terasa.
Adoiii, walau dah start kuat tendangan, tapi nikmat.
At least, aku tahu, Baby K selamat kat dalam :D




Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari.

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


PERHATIAN
Sekarang, berat Baby K yang latest dah 0.9gram :p
Agak3, lahir nanti berapa berat dye yea :)
Huhuhu ~~~
Aku terlebih makan ke ni heh :/

1 comment:

mailey jayley said...

best ny akak dah ad baby . . mesti baby akk comel nt kn :)

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah