Monday, 14 January 2013

INI YANG AWAK PERLU TAHU SUAMIKU

Assalammualaikum .
Selamat pagi.
Rasanya, dah lama aku ta tulis apa3 entry kan :)
Rindu nak tulis blog, rindu nak blogwalking :P
Tapi apakan daya, masa mencemburui kita.

Aku keje bukan mengadap laptop / pc.
Kalau mengadap, jangan tanya kenapa, nanti feeds korang penuh dengan update entry dari aku.
Btw, sepanjang 3/4 hari aku ta update ni,
Banyak sangat benda yang berlaku.
Antara kuat atau tidak,
Sabar atau tidak untuk aku tempuhi.

Actually, apa yang aku tulis ni, khas untuk suami aku.
Hopefully, dia akan baca apa yang aku tulis ni.
Semoga aku akan jadi lebih kuat lepas ni.




KHAS BUAT SUAMIKU ..

Masa berlalu dengan pantas. Diam ta diam, dah hampir 7 bulan kita bersama, melayari bahtera rumah tangga. Selama ni, susah senang kita bersama. Saya ta pernah mengeluh, mengomel atau merasa tidak senang sepanjang kita bersama. Sebab saya tau, saya dah terima awak, jadi segala kekurangan awak saya terima dengan Redha. Saya tau, saya bukan isteri yang baik. Kadangkala saya sendiri alpa dengan segala tanggungjawab yang perlu saya buat sebagai seorang isteri. Tapi, awak ta penah mengeluh walaupun saya kadangkala lupa tentang kehadiran awak sebagai seorang suami. 

Terima kasih kerana sabar dan tabah sepanjang hidup bergelar suami kepada saya. Terima kasih kerana tahan dengan segala sikap saya sepanjang 7 bulan kita bersama. Terima kasih sekali lagi. Saya kagum dengan sifat sabar awak yang melayan kerenah saya tanpa banyak songel. Awak redha dengan keadaan saya dan awak terima semua sifat saya dengan rela hati.

Alhamdullilah, saya mengandung sekarang. Lagilah menjadi perangai "PEMALAS" saya ni. Tapi apakan daya, saya memang dah ta larat nak bangun bila usia kandungan saya dah masuk 5 bulan. Saya nak bangun selepas baring memang susah. Ape lagi saya nak buat kerja. Tapi awak ta kesah.

Maafkan semua salah silap saya. Maaf sangat3. Saya tau saya ta pernah jadi seorang isteri walaupun hakikatnya, saya perlu jadi seorang isteri kepada awak. Biarla, semua yang terjadi, orang tunding jari pada saya, sebab saya tau memang saya yang bersalah. Saya dah ta kuat lagi nak menempuhi semua ini. Saya da ta mampu lagi nak menambah dosa saya yang sedia ada ini. Saya da ta boleh nak berfikir apa pun sekarang ini. Apa yang mampu buat, hanya tunggu dan lihat. Tunggu dan terus menunggu, apa yang akan berlaku selepas ini. 

Cuma satu yang saya nak awak tahu, walau apa pun yang berlaku, saya ta penah menyesal memilih awak menjadi suami saya. Saya redha dengan setiap ketentuan Tuhan. Saya tak pernah menyesal. Jujur saya katakan, sebagai isteri, saya sayang pada awak. Even kita bergaduh ke, apa ke, sayang saya pada awak ta pernah pudar. 

Semoga, saya akan terus kuat, bertambah kuat, and tabah mengharungi segala yang berlaku.
Semoga, saya akan sentiasa bahagia dan selamat dalam hidup saya sendiri.


5 comments:

Mila Ahmad said...

tersentuh hati baca :'(

mailey jayley said...

sabar ek kak . . semua tue dugaan dari Nya . . smoga Tuhan bagi akak banyak kesabaran ye :)

Emas Putih said...

phewittt hehe :)

Izzah Norlizah said...

Moga kbhgn m'jdi milik kmu b'dua,,,
Lebih2 lg xlma lg akn mnimang chya mata sbg pelengkap rumahtgga

nenot said...

semoga bahagia dunia n akhirat :)

done follow sponsor

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah