Friday, 18 January 2013

BERMULALAH TRIMESTER KETIGA

Assalammualaikum blogger :)
Salam Jumaat semua.

Rindunya nak berblog.
Dah dekat seminggu agaknya ta update apa3.
Bukan ape, busy yang amat la.
Lagipun lappy hubby bagi adik dye pinjam kejap :)
Tu yang aku terputus hubungan dengan dunia blogger kejap :D

Btw, Alhamdullilah, dah menjejaki dunia trimester ke-3 diam ta diam :P
Kejap je kan masa berlalu :)
Dah dekat 7 bulan dah Baby K duduk dalam perut ni.
Ada lagi 2 bulan lagi baby nak keluar :D

Tapi, awal3 Baby K ni dah buat hal :P
Aritu, dye da dok mengeras 2 jam sekali.
Then, kat vagina keluar air sket3.
Terus g clinic.
Doc cakap okeyh, Baby K oke.
Cuma kena banyak berehat.
Takot air ketuban pecah terus.

Hahahahaha ~~~~
Giler betul.
Habis kecoh satu rumah :P
Sabar yea Baby K :)
Berat anda baru 1.2kg.
At least, bagi la mummy masa nak shopping barang awak lagi :D



BAYI DI MINGGU KE 28

Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini.

Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.

Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini.


TRIMESTER KETIGA


* Jangan terlalu banyak makan makanan berkadar garam tinggi kerana dapat menyebabkan kejang-jekang di kaki akibat penumpukan garam yang menyumbat aliran darah di daerah kaki.
* Jika tidur, sebaiknya ambilah posisi mengiring, terutama mengiring ke sebelah kiri. Hal ini membantu dalam melancarkan peredaran darah ibu hamil
* Lakukan senaman seperti berjoging atau berenang untuk menghindari kram-kram.
* Hindari ibu hamil mengalami perubahan suhu tubuh yang terlalu drastis. Pada masa ini pembuluh darah ibu hamil berada pada titik kepekaan yang berlebihan sehingga menjadi sensitif. Kondisi ini dapat membuat ibu hamil menjadi cepat lelah.
* Jika terasa ingin selalu buang air kecil, jangan pernah menahannya, kerana hal ini dapat menyebabkan infeksi pada saluran pundi kencing.
* Ibu hamil lebih baik melakukan aromaterapi atau relaksasi agar jiwa dan perasaan ibu hamil tenang menghadapi persalinan
* Perbanyaklah istirahat untuk menyimpan energi menjelang persalinan.
* Lakukanlah urutan-urutan ringan dan lembut di seputar kaki. Urut menggunakan ibu jari setiap malam.

2 comments:

Sue-Rya Qistina said...

syukur alhamdulillah. dah masuk trimester ke-3. saya baru 14 minggu. mesti awk tak sabar nak ketemu dgn baby kan. insyaAllah ye, cuma kena banyakkan berehat, jgn stress2. nnt dah masuk 9 bulan, kena bersiap sedia dah semua kelengkapan kt dlm kereta. senang nnt kalau nak ke hospital. take care ya! :D

ᵔᴥᵔ MUMMY F STORY ❀‿❀ said...

Wah, ta lame lagi dah tu kak.
14 minggu pejam celik dah 40 minggu :)
Sy tnggl lebih kurang 10 minggu :P
Kekeke :)

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah