Sunday, 20 January 2013

BILA GIGI SAKIT SEMULA TIME PREGGY

Selamat pagi semua.
Aduh, gigi aku memang sangat sakit sekarang ni.
Dah dekat 3 malam aku ta boleh tidur gara3 kesakitan yang melampau.
Hanya Tuhan, dan orang3 yang penah sakit gigi je tau betapa sakitnya !



Semalam lepas aku ta boleh tido, aku terus pegi dentist.
Aku ingtakan bolehla cabut.
So, aku da kata berakhir la kesakitan nanti.

Tup3, bila nama panggil aku pun masuk.
Dye tanye la aku berapa minggu.
Aku cakap da 28 minggu doc.
Dye cakap , actually masa yang sesuai nak cabut gigi 4-6 bulan.

Tapi sekarang, sebab aku dah terlewat sket, dye tanak cabut.
Dye cakap berisiko.
Takot aku keguguran !
Alamak !
Aku terus tepuk dahila.
Aku cakap, aku memang da ta tertahan.

Sekali, dye bagi aku ubat antibiotic dengan paracetamol.
Ubat tahan sakit langsung dye ta bagi.
Sebab, dye takot ade jadi apa pada baby.
So, aku pasrah jela.

Selain tu, aku kumur pakai air garam.
Alhamdullilah, sakit berkurangan.
Nasib baik aku tade darah tinggi.
Kalau ta masalah jugak.
So, sekarang ni, aku berulang alik ke toilet je.
Sakit, terus kumur air garam.
Aku dah bancuh dalam botol besar.
So, amek and bawak je kemana3.

Nasib badan la kena sakit gigi time preggy ni :)
Cuba untuk bertahan selama 10 minggu lagi.
Orang cakap, ia menghapuskan dosa3 kecil.
Tapela, itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya :)
Kalau korang ada resepi lain yang boleh dikongsi.
Meyhla share dengan aku :)

Friday, 18 January 2013

CREPE DURIAN & COKLAT MILO

Bila dah dapat update, entry sampai berpuluh na update :D
Kekekeke ~~~
Ni semua da draft dah.
Tinggal na publish jerp :D

Akhirnya, tercapai jugak impian nak makan "CREPE".
Aku na tau sedap ke ta crepe tu :)
Bila da rasa, bolehlah tahan :D

Dalam dye penuh dengan cream :)
Lapisan luar dye nipis je.
Tapi, tahan isi yang banyak kt dalam tu :P

Rasa memang sedap lagi3 bila makan milo coklat :P
Tuhan jerp tahu.
Dengan lelehan coklat :D
Gulpppp.
Nak lagiiiiiiiiiii ~~~

Hehehe, aku beli boleh lah murah
Sebab agak besar kan :)
RM10 untuk 6 biji :D

Nah, aku tahu korang nak.
So, aku bagi korang tengok gambar jela yea :D


Korang tengok menyelerakan ta :P


BERMULALAH TRIMESTER KETIGA

Assalammualaikum blogger :)
Salam Jumaat semua.

Rindunya nak berblog.
Dah dekat seminggu agaknya ta update apa3.
Bukan ape, busy yang amat la.
Lagipun lappy hubby bagi adik dye pinjam kejap :)
Tu yang aku terputus hubungan dengan dunia blogger kejap :D

Btw, Alhamdullilah, dah menjejaki dunia trimester ke-3 diam ta diam :P
Kejap je kan masa berlalu :)
Dah dekat 7 bulan dah Baby K duduk dalam perut ni.
Ada lagi 2 bulan lagi baby nak keluar :D

Tapi, awal3 Baby K ni dah buat hal :P
Aritu, dye da dok mengeras 2 jam sekali.
Then, kat vagina keluar air sket3.
Terus g clinic.
Doc cakap okeyh, Baby K oke.
Cuma kena banyak berehat.
Takot air ketuban pecah terus.

Hahahahaha ~~~~
Giler betul.
Habis kecoh satu rumah :P
Sabar yea Baby K :)
Berat anda baru 1.2kg.
At least, bagi la mummy masa nak shopping barang awak lagi :D



BAYI DI MINGGU KE 28

Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini.

Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.

Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini.


TRIMESTER KETIGA


* Jangan terlalu banyak makan makanan berkadar garam tinggi kerana dapat menyebabkan kejang-jekang di kaki akibat penumpukan garam yang menyumbat aliran darah di daerah kaki.
* Jika tidur, sebaiknya ambilah posisi mengiring, terutama mengiring ke sebelah kiri. Hal ini membantu dalam melancarkan peredaran darah ibu hamil
* Lakukan senaman seperti berjoging atau berenang untuk menghindari kram-kram.
* Hindari ibu hamil mengalami perubahan suhu tubuh yang terlalu drastis. Pada masa ini pembuluh darah ibu hamil berada pada titik kepekaan yang berlebihan sehingga menjadi sensitif. Kondisi ini dapat membuat ibu hamil menjadi cepat lelah.
* Jika terasa ingin selalu buang air kecil, jangan pernah menahannya, kerana hal ini dapat menyebabkan infeksi pada saluran pundi kencing.
* Ibu hamil lebih baik melakukan aromaterapi atau relaksasi agar jiwa dan perasaan ibu hamil tenang menghadapi persalinan
* Perbanyaklah istirahat untuk menyimpan energi menjelang persalinan.
* Lakukanlah urutan-urutan ringan dan lembut di seputar kaki. Urut menggunakan ibu jari setiap malam.

Monday, 14 January 2013

INI YANG AWAK PERLU TAHU SUAMIKU

Assalammualaikum .
Selamat pagi.
Rasanya, dah lama aku ta tulis apa3 entry kan :)
Rindu nak tulis blog, rindu nak blogwalking :P
Tapi apakan daya, masa mencemburui kita.

Aku keje bukan mengadap laptop / pc.
Kalau mengadap, jangan tanya kenapa, nanti feeds korang penuh dengan update entry dari aku.
Btw, sepanjang 3/4 hari aku ta update ni,
Banyak sangat benda yang berlaku.
Antara kuat atau tidak,
Sabar atau tidak untuk aku tempuhi.

Actually, apa yang aku tulis ni, khas untuk suami aku.
Hopefully, dia akan baca apa yang aku tulis ni.
Semoga aku akan jadi lebih kuat lepas ni.




KHAS BUAT SUAMIKU ..

Masa berlalu dengan pantas. Diam ta diam, dah hampir 7 bulan kita bersama, melayari bahtera rumah tangga. Selama ni, susah senang kita bersama. Saya ta pernah mengeluh, mengomel atau merasa tidak senang sepanjang kita bersama. Sebab saya tau, saya dah terima awak, jadi segala kekurangan awak saya terima dengan Redha. Saya tau, saya bukan isteri yang baik. Kadangkala saya sendiri alpa dengan segala tanggungjawab yang perlu saya buat sebagai seorang isteri. Tapi, awak ta penah mengeluh walaupun saya kadangkala lupa tentang kehadiran awak sebagai seorang suami. 

Terima kasih kerana sabar dan tabah sepanjang hidup bergelar suami kepada saya. Terima kasih kerana tahan dengan segala sikap saya sepanjang 7 bulan kita bersama. Terima kasih sekali lagi. Saya kagum dengan sifat sabar awak yang melayan kerenah saya tanpa banyak songel. Awak redha dengan keadaan saya dan awak terima semua sifat saya dengan rela hati.

Alhamdullilah, saya mengandung sekarang. Lagilah menjadi perangai "PEMALAS" saya ni. Tapi apakan daya, saya memang dah ta larat nak bangun bila usia kandungan saya dah masuk 5 bulan. Saya nak bangun selepas baring memang susah. Ape lagi saya nak buat kerja. Tapi awak ta kesah.

Maafkan semua salah silap saya. Maaf sangat3. Saya tau saya ta pernah jadi seorang isteri walaupun hakikatnya, saya perlu jadi seorang isteri kepada awak. Biarla, semua yang terjadi, orang tunding jari pada saya, sebab saya tau memang saya yang bersalah. Saya dah ta kuat lagi nak menempuhi semua ini. Saya da ta mampu lagi nak menambah dosa saya yang sedia ada ini. Saya da ta boleh nak berfikir apa pun sekarang ini. Apa yang mampu buat, hanya tunggu dan lihat. Tunggu dan terus menunggu, apa yang akan berlaku selepas ini. 

Cuma satu yang saya nak awak tahu, walau apa pun yang berlaku, saya ta penah menyesal memilih awak menjadi suami saya. Saya redha dengan setiap ketentuan Tuhan. Saya tak pernah menyesal. Jujur saya katakan, sebagai isteri, saya sayang pada awak. Even kita bergaduh ke, apa ke, sayang saya pada awak ta pernah pudar. 

Semoga, saya akan terus kuat, bertambah kuat, and tabah mengharungi segala yang berlaku.
Semoga, saya akan sentiasa bahagia dan selamat dalam hidup saya sendiri.


Thursday, 10 January 2013

EEEE, POMPUAN NI DAH GUMOK !

Selamat pagi semua :)
Sebelum solat subuh, aku terasa nak update entry.
Yolah, dah bangun awal, then na lelap mata da ta bole :P

Last entry aku ada cakap na pegi tengok muvie kan ?
So, on the same day, aku pun gerak ke Tebrau City untuk tengok muvie yang aku suka tu :P
HAHAH~~~

Mr.Somi asyik tanye jerp.
Boleh ke aku tengok time tengah preggy macam ni ??
Aku cakap na tengok jugak.
Ta kira la, nak tengok jugak story tu :P

Then, we all sampai betul3 3.15pm.
Muvie start 3.20pm .
Kebetulan, time nak otw ke Tebrau, hujan sangat lebat.
Ribut sekejap di Pasir Gudang.
Semua ini gara3 Taufan Sunomo :p


Okeyh, story dye memang menakutkan :)
Sebab aku dok tutup mata bila rasa hantu tu nak keluar :P
Huishhh, cuak jugak mummy ni sebenarnya :)
Tapi, kugagahkan diri jugak tengok.

Bolehlah tengok, ta rugi sape yang tengok.
Lagi3 tengok time Yana Samsuddin kena rasuk.
Perghhh,giler betul la.

Moral of the story, jangan lah kite sesekali buat perkara yang khurafat.
Ta elok yea.
Kalau dah salah, selamanya tetap salah.

Okeyh,then, lepas tengok muvie,
Macam biase, aku survey barang baby :P
Banyak jugak yang aku borong tapi berjimat :P
Seronok ta terkata bila dapat borong barang banyak3 ni :P
Lagi seronok sebab duit yang keluar bukan duit aku :P
Kekekeke :D

Alhamdullilah, barang baby dah settle 60%.
Tinggal yang besar3 je macam baby cot, bedding, and yang lain3.
So, Insyaallah boleh settle by next month :)
Then, tunggu Baby K keluar je.
Untunglah yea Baby K ~~~~

Ehem, nak tengok pompuan gemok ta ???




DAH TENGOK SENYAP JE TAU :P





JANGAN KETAWA :P





EHEM, EHEM :)





Try posing supaya perut ta nampak :P

Kepenatan :)

Last capture :)



Tiba3 ada pulak lagi sorang budak muncit macam aku jugak nak amek gambar.




Cher tengok, boleh lawan aku ta perut dye :P
Kita tengok sape yang kempes dulu yea perut :P
HAHAHAH ~~~



Tuesday, 8 January 2013

MINYAK DAGU MOVIE

Hello korang.
Selamat tengah hari :P
Mommies semua da masak lom untuk anak3 korang??
Kalau dah, meyh post kat aku sket :P

HAHAHAHA ~~~~
Today, aku rasa nak ajak mr.hubby pegi tengok muvie.
MINYAK DAGU :)
Orang cakap best.
So, aku nak pegi tengok lah.
Best sangat ke story dye tu ???


Pengarah: Azhari Zain
Syarikat Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: Filem Cereka
Genre: Seram
Klasifikasi: U - Untuk Tontonan Umum
Durasi: 82 Min
Tarikh Tayangan: 03 Jan 2013

SINOPSIS
Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah.

Mintak3 la ni memang cerita seram betul.
Tamolah yang ada kelakar3 semua tu.
Buat sakit haty je nanti tengok.

Dahlah aku nak pegi tengok kat Jusco Tebrau.
Movie dah confirm3 mahal.
Aku pun tatau kenapa tempat dye mahal sangat.
Yang penting memang selesa :D

HAHAHAHA ~~
Cerewet pulak mak buyong ni kan ?
Mestilah. Aku na murah tapi selesa.
Haishhh.


Jom layan thriller dye pulak.

Monday, 7 January 2013

MAMYPOKO TERBAIK UNTUK MY BABY "K"

Dah beberapa hari ni, aku dok survey lampin pakai buang apa yang terbaik.
Yelah, aku tanak la nanti punggung anak aku dok ruam3.
Thanks untuk teman blogger yang memudahkan pencarian aku.
Korang dah banyak buat entry untuk bantu aku cari mana satu yang sesuai.

Btw, size Newborn sekarang memang susah giler nak cari.
Suddenly, aku pegi Tesco kelmarin.
Then, aku lalu tempat lampin pakai buang.
Terus aku grab brand ini :p


Hasil penggooglelan aku,
Akhirnya, aku amek brand MamyPoko.
Banyak benefit yang aku tengok.

But, depends gak pada kulit baby.
Kalau ta oke, aku tukar la lain.
Lain kulit, lain pampers kan :D
Kenapa aku beli sampai 2?
Sebab, dah habis stock kat any supermarket.
Susah giler na jumpa.
Ni pun aku rasa belum tentu cukup.

Tapi, dari pembacaan aku, kita boleh jimat bila pakai Brand MamyPoko ni.
So, hopefully betul la.
Tapela berbelanja sedikit untuk yang terbaik.
Selalu mahal3 ni memang bagus.
"Orang" cakap la :)

BABA BELIKAN BABY "K" STROLLER :)

Hey Malaysia :)
Hehehe. Harini mood aku sangat baik.

Before that, tahniah untuk officemate aku yang selamat melahirkan anak yang pertama.
Baby boy yea 7hb January 2013 @ 12.51am
Anak dye sumpah chumel.
Macam cina, yelah, ikot baka mak dye la :P
Muhammad Zarif Naufal nama dye :)

Yay, mummy pun da ta sabar na tunggu Baby K keluar :P
Untunglah baby K, mummy da belikan macam3.
Bak kata nenek sedara dye sendiri :)
HAHAHAH ~~~

Okeyh, actually, aku nan encik somi tengah usha3 stroller.
Tengok mane yang sesuai.
Macam3 dah kitorang survey.
Then, kitorang terjumpa satu stroller yang memikat hati :
ESPRIT SUN TRAVEL 11 STROLLER
Terus we all jatuh cinta yang teramat :p

Kitorang try search kat internet, tengok mana tempat we all boleh beli.
Tapi, kebanyakkannya semua da SOLD OUT.
Yang ada pun color black.
Tapi incik somi tanak, sebab dye na peberet color jugak, RED.
So, we all pun try cari.

Lastly, we all jumpa jugak akhirnya :)




TADAAAAAAA ~~~




Oh yeah :)
Aku bagi dye punya product details.
Mana tau korang pun berkenan kan :)
Sharing is caring :DDDDDD

Suitable from birth up to a weight of 15 kg.
Steel frame
Brakes 5 point safety harness with shoulder pads
360° swivelling, locking front wheels
Double rear wheels
Cover and hood removable
hand wash
Upper: 100 % Polyester Fill: 100 % Polyester-Fleece
5-times adjustable backrest (152° lying position - 106° sitting position)
Removable hood
Large shopping basket

Okeyh, aku dapat special price beli.
Kalau korang berminat, boleh contact aku yea.
Nanti aku boleh belikan :P
Nak installment pun boleh.
Kalau korang na survey lain punya brand, Whatsapp / SMS je
0127699915

Sunday, 6 January 2013

REVIEW : BARUT BABY "K"

Entry lepas, aku ada cakap pasal Barut Baby kan.
So, tadi aku tengah jalan - jalan kat Tesco, cari barang sket.
Then, satu booth ni baru bukak.
Aku rase memang baru kot sebab ta penah nampak pun before this.
So, aku pun singgah jela tengok :P

Ehem, ehem.
Aku pun buat muka teruja.
En.somi dah paham dah :)
HAHAHA ~~~

So, aku pun grab la item ni;


TADAAAA ~~~
Barut baby okeyhhh :P
Actually aritu aku kan na tempah dengan akak online tu.
Tapi, bila aku dah jalan - jalan ni, aku pun grab terus.
Lagi pun price sama je.

Yang corak aku beli 4 helai so sehelai RM7.90
Yang plain punya aku beli 2 helai je so RM7.50
Ta jauh beza pun dengan yang kat online.
Lagi kalau online aku kena bayar postage.
Jimat dah ni :p


Aku beli yang pelekat punya.
Sebab ???
Senang :P
HAHAHA.
Mintak maaf cakap la.
Aku ni memang pemalas.
So, aku beli yang pelekat.
Lagipun, pakai tali ni macam terseksa je nanti anak aku :P

Oh yeah, aku beli 6 pair je sebabnya, aku pakai ganty3.
Baby pakai dalam 2 hari sehelai.
Bukan aku ta basuh baju pun :P
Hikhikhik .
Jimat ni, nak jimat :P

SEMAKIN HAMPIR. 27 MINGGU SUDAH

Sekejap je kan masa ni berlalu.
Senyap, senyap dah masuk 27 weeks dah Baby K kat dalam perut.
Tinggal 14 weeks je lagi :)
And ni last week aku berada dalam trimester ke-2 sebelum berhijrah ke trimester ke-3 pulak.
Ya Allah, baru rasa macam semalam je mengandung :P

Seronok okeyh dah nak last3 ni.
Sebab pergerakkan baby memang sangat terasa.
Adoiii, walau dah start kuat tendangan, tapi nikmat.
At least, aku tahu, Baby K selamat kat dalam :D




Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari.

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


PERHATIAN
Sekarang, berat Baby K yang latest dah 0.9gram :p
Agak3, lahir nanti berapa berat dye yea :)
Huhuhu ~~~
Aku terlebih makan ke ni heh :/

MY BABY K :DDDD

Selamat pagi.
Huhu :)
Rasenya macam aku dah lama ta update story .
Sorry lah yea.
Aku agak busy .
Bukan busy apa :P
Busy buat taik mata je.

Kalau ada masa free, mesti tido je jadi keutaamaan :)
HAHAHA.
Busy working women yea aku ni :p

Okeyh, aku sekarang ni na share gambar 4D Baby K.
Hehehe.
Actually gambar ni last week.
Tapi, belum sempat na post, but today baru berkesempatan na post :P


Ta terang sangat lah :)
But, aku ingat nak pegi scan semula time dah 30 weeks :P
HAHAHA :)

Okeyh, balik umah, aku dok tenggok and belek :D
Mata, hidung semua ikot sape.
Mesty ikot mummy dye yang chumel ni kan :P
HAHAHAH ~~~
Time ni, pipi semua lom gebu sebab baru 26 weeks kan :)
Tengok nanti bila dah gebu, confirm korang jeles dengan aku nanti :p


Tuesday, 1 January 2013

BILA DA MASUK 26 WEEKS

Diam ta diam.
Sedar ta sedar, da masuk pun ke Tahun Baru kan ??
Agagagaga ~~~
Cepatnya masa berlalu kan ??
Wow, semua serba pantas dah :p

Sedar ta sedar jugak, usia kandungan aku dah masuk 26weeks :)
Cepat jerp kan ?
Rasa aritu, perut ni kecik je lagi.
Sekarang, boleh tahan besar dah baby tu kan :p

Okeyh, seperti biase, aku na skodeng, apa Baby K tengah buat sekarang ni hah :)
Yelah, dah masuk 26 weeks, mesty lagi teruja nak tau ape Baby K buat.
Tinggal lagi 2 minggu je sebelum aku meninggalkan trimester kedua ni hah.


Minggu 26 : Umurku 24 minggu saat ini.
Panjangku 33 cm dan beratku hampir 1 kg.
Mataku sudah terbuka dan aku sudah belajar bernapas.
Tinggal 14 minggu lagi!

JANIN
Jaringan saraf pendengaran janin berkembang lebih cepat dan menjadi lebih sensitif saat ini. Janin dapat mendengar suara Ibu dan orang-orang yang berbicara di sekitarnya. Janin juga menginhalasi atau menghirup dan mengeluarkan sedikit cairan ketuban yang penting untuk perkembangan paru-parunya. Pergerakan pernapasan yang sudah mulai dipelajari janin berguna pada saat janin lahir dan menghirup udara untuk pertama kalinya. Mata janin yang sebelumnya tertutup sekarang mulai terbuka dan mengedip, namun pigmentasi pada iris tetap masih belum sempurna. Beberapa bulan terakhir mata janin masih tertutup sehingga retina dapat berkembang sempurna. Mata janin dapat memiliki berbagai macam warna (biru, coklat, hitam, hijau) tergantung etnis masing-masing.
Janin saat ini semakin menumpuk lemak di seluruh tubuhnya sehingga memiliki berat badan hampir 1 kg (800-900 gram) dengan panjang badan dari kepala sampai tumit 33 cm. Janin Ibu semakin bertambah gemuk. Apabila janin Ibu laki-laki, testis janin mulai turun dari perut menuju ke skrotum (kantung kemaluan). Apabila testis janin tidak turun maka akan terjadi kelainan yang disebut dengan undescendent testis.

IBU
Ibu mungkin sekarang sudah mulai sibuk menyiapkan segala kebutuhan bayi dari baju sampai kamar bayi. Jangan lupa tetap makan makanan bergizi dan istirahat yang cukup. Jika Ibu mengikuti petunjuk nutrisi seimbang, maka kemungkinan berat badan Ibu saat ini naik sebesar 7,2 – 9,9 kg dengan rahim berada 6 cm diatas pusar. Dalam trimester kedua, orang-orang di sekitar Ibu juga sudah dapat merasakan gerakan janin.
Gizi tetap menjadi perhatian utama untuk perkembangan janin. Setiap hari usahakan Ibu makan satu porsi sayuran hijau, makanan atau jus yang kaya akan vitamin C, dan satu porsi makanan yang kaya akan vitamin A sebanyak 2700 IU (makanan yang berwarna kuning seperti ubi, wortel, blewah), vitamin B6, B9, dan B12 (susu, tempe, tahu, telur, pisang, kentang, alpukat), dan vitamin E (daging, minyak zaitun, biji gandum, bayam). Jangan lupa jaga selalu asupan cairan Ibu.

PREEKLAMPSIA
Preeklampsia adalah gangguan kehamilan serius yang ditandai dengan peningkatan tekanan darah, edema (pembengkakan) di kaki atau seluruh tubuh, dan terdapatnya protein di air seni setelah minggu ke-20 kehamilan. Umumnya preeklampsia terjadi setelah minggu ke-37, namun tidak menutup kemungkinan preeklampsia terjadi lebih awal. Karena hal itulah dibutuhkan kewaspadaan dan pengetahuan mengenai penyakit ini. Preeklampsia dapat menyebabkan vasokonstriksi (penyempitan) pembuluh darah, termasuk di dalamnya adalah pembuluh darah yang terdapat di plasenta sehingga menurunkan suplai nutrisi dan oksigen untuk janin. Apabila Ibu mengalami pembengkakan di wajah, sekitar mata, kaki, tangan, atau seluruh tubuh dengan peningkatan berat badan Ibu yang terlalu cepat ( lebih dari 2 kg dalam seminggu) maka segera berkonsultasi ke dokter. Gejala preeklampsia lain yang perlu diwaspadai juga adalah sakit kepala terus menerus, gangguan penglihatan (melihat dobel, melihat flash atau spot cahaya, sensitif terhadap cahaya, kehilangan penglihatan tiba-tiba), nyeri perut bagian atas, dan muntah-muntah. Preeklampsia dapat berbahaya bagi janin dan Ibu. 


TIPS : Kurangi nyeri punggung

Pakailah sepatu berhak rendah (tapi tidak datar)
Hindari mengangkat benda berat
Lakukan posisi berjongkok ketika mengambil barang yang terjatuh dibandingkan dengan posisi membungkuk
Jangan berdiri terlalu lama, bila harus berdiri dalam waktu lama maka letakkan salah satu kaki di atas kotak kecil di bawah
Duduk di kursi yang memiliki penahan punggung yang baik, atau tempatkan bantal kecil dibelakang punggung dan letakkan kaki diatas kotak kecil di bawah
Tidur pada sisi kiri atau kanan dengan menggunakan guling diantara kedua tungkai untuk penahan
Berikan sebotol air panas dan usapkan di punggung. Dapat juga mandi dengan air panas atau dipijat
Lakukan olahraga untuk memperkuat otot punggung
Berdiri dalam posisi yang benar. Berdiri tegak akan meredakan peregangan punggung
Hubungi tenaga kesehatan apabila mengalami nyeri punggung bagian bawah yang menjalar ke perut dan tidak membaik dengan perubahan posisi atau istirahat selama 1 jam. Hal ini mungkin merupakan tanda-tanda persalinan ini.


Tinggal 14 minggu je sebelum baby K keluar :)
Ni memang betul3 buat aku lagi teruja.
At the same time, aku da jadi macam ta tentu arah dah sekarang ni :)
Semoga, Baby K sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat sampai lahir nanti :D
AMIN ~~~~~~~~~~~~~~
Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah