Saturday, 15 December 2012

Mood ta sabar na update entry 6 MONTHS PREGGY

Dari tadi asyik google je pasal preggy :)
Yay, rasa memang ta sabar la sangat.
Lagi3 tiap kali Baby K main tendang3 kat dalam perut mummy :P

Wow, makin lagi rasa ta sabar na tunggu Baby K keluar :P
Na cium, na peluk ketat Baby K nanti.
Tu yang aku terus google pasal 6 months preggy.

Makin lama, makin seronok jadi ibu mengandung.
Tiap bulan, kita akan merasakan perubahan yang berlainan.
So, untung tau jadi ibu mengandung ni hah :p
Cepat3 la anda semua mengandung.
Nanti boleh rasa pengalaman yang sama :P

Ni yang na tau ni, Baby K tengah buat apa dalam perut tu hah :P


Apabila masuk minggu ke 24, bayi mempunyai sifat yang lebih sempurna. Rambut, kening dan bulu mata mulai lebat. Kulitnya halus, sehalus kulit bawang. Bahagian tulangnya juga mengeras. Ukuran panjangnya ialah 25 cm (10 inci), sementara beratnya sekitar satu kilogram. Pergerakan bayi ketika ini adalah lebih cergas dan ketara sehingga boleh dilihat pada perut ibu. Ibu hamil semasa bulan ke 6 ini akan lebih kerap membuang air kecil, terasa lenguh dan bisa-bisa di bahagian kaki, sekitar belakang pinggang, dan juga akan sentiasa berasa lapar. 

Apabila memasuki minggu ke 28, iaitu genap 7 bulan, bayi akan membesar sekitar 27.5cm(11-12 inci) dan berat badannya meningkat 1.5kg. Kulit bayi kelihatan lebih licin. Kantung udara di dalam paru-parunya telah terbentuk. Bayi akan cukup sifat fizikal dalaman & luarannya. Sekiranya bayi dilahirkan ketika ini, insyaAllah selamat, lebih-lebih lagi sekarang dengan bantuan alat-alat pernafasan dan kepakaran doktor perbidanan di hospital. 

Seringkali ibu hamil 7 bulan mempunyai selera makan yang tinggi dan mengalami masalah kenaikan berat badan yang boleh menyebabkan bisa-bisa otot, pinggang, betis dan kaki. Kerapkali ibu mengalami kekejangan otot betis atau biasa disebut sebagai "tarik mengkarung". Adakala terasa badan terlalu berat sehingga tercungap kerana pendek nafas dan bahagian ari-ari terasa berat & mencucuk-cucuk disebabkan kandungan yang sudah besar menekan bahagian faraj. Ibu hamil akan kerap membuang air kecil, kadangkala berlaku lelehan air kencing dan mulai tidak selesa tidur. 

Pergerakan bayi semakin cergas dan adakalanya akan berputar-putar. Dalam keadaan ini, ibu mengalami masalah pembengkakan vena atau kembang urat saraf. Ibu dinasihatkan jangan mengambil makanan dan minuman jenis sejuk atau makanan yang disejukkan kerana pada masa ini bayi masih dalam proses memperkuat pembentukan gigi dan tulang. 

Pusat ibu akan mulai tersembul apabila kulit perut semakin tegang. Sekiranya pada waktu ini ibu hamil sesekali terasa berlaku *rengat(rasa sakit kontraksi), tidak perlulah dibimbangkan. Walau bagaimanapun, andai kata *rengat kerap berlaku, antar 1-2 jam, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan rapi daripada pakar perbidanan. 

SUMBER: ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU NOTA MAMA: 
Dalam minggu 29-30 Mama dapat batuk yang teruk gara2 minum air berais. Memang seksa sangat!! Bila batuk sakit tekak, sakit urat perut & terkencing! Memang kena pakai panty liner yang agak tebal. Sehari mau 10 kali tukar panty liner. Kalau nak tido lagi la seksa.. Nak baring tak boleh, kadang2 terpaksa tido duduk. Rasa nak tido dalam bilik air pun ada! Mama tak pegi klinik pun, tapi Mama minum ubat batuk cap ibu dan anak. Selain tu Mama buat air suam halia+lemon+madu. 2 hari lepas tu, alhamdulillah batuk dah berkurangan. Tapi SAY NO pada minuman sejuk! Tobat dah Mama!! Semoga penyakit batuk tidak menyerang Mama lagi.. Aminnnnnnnnn!!
Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah