Wednesday, 12 December 2012

LAWAK 2#

Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Mat Shah baru balik dari perjumpaannya dengan geng-geng silatnya. Malam yang sungguh memenatkan. Tadi kena buat task penting dengan abg-abg senior. Lebih penting dari sparring.

Tiba-tiba henponnya berdering bunyi lagu "Apo Kono Eh Jang" versi rancak. Naik nama pemanggil, "Tunangku".

Cepat-cepat diangkatnya. Rupa-rupanya bukan tunangnya yang call, tapi bakal ibu mertuanya. Katanya tunangnya berada di hospital sekarang. Kritikal.

Mat Shah apa lagi, terus berdesup merempit ke hospital dengan RXZnya. Rempit sejati. 15 minit dah sampai dari Putrajaya ke hospital dekat Ampang. Sesampainya di sana tunangnya masih dalam bilik pembedahan.


Mat Shah: "Apa dah jadi ni mummy?"

Mak tunang: "Tadi, mummy dengan Liya dekat perhimpunan rakyat dekat Gombak tu. Mummy singgah nak beli makanan je sebab ramai bukak gerai jual macam-macam kat situ. Then, tiba-tiba keadaan jadi huru-hara, hiruk-pikuk geng-geng rempit datang dari mana entah. Dengan baju biru, baju silat, datang gaduh-gaduh. Mula-mula tu lawan suara je. Kemudian, dorang main campak-campak batu, campak pasu, campak buah kelapa. Apa lagi, mummy pun panik la dengan Liya."

Mat Shah: "Pastu?!"

Mak tunang: "Tiba-tiba melayang buah kelapa dekat kepala Liya. Pecah kepala. Doktor kata tempurung kepala Liya retak. Darah beku pun banyak. Harapan 50-50."


Mat Shah terduduk.

Then, doktor keluar dari tempat pembedahan.


Doktor: "Maaf puan, kami dah sedaya-upaya menyelamatkan Allahyarhamah Aliya binti Kareem. Tapi, Tuhan lebih menyayangi beliau."


Apa lagi, meraunglah bakal mertua Mat Shah. Menangis tak sudah.

Mat Shah tiba-tiba berlutut pegang kedua-dua kaki bakal mentuanya itu.


Mat Shah: "Maafkan saya, mummy. Sebenarnya tadi, geng-geng kami lah yang pergi buat kecoh di perhimpunan tu. Saya lah yang campak-campak buah kelapa tu. Maaf, mummy. Maaf sangat-sangat! Saya menyessalll mummy!!" Menangis berlinangan air mata darah Mat Shah kali ni, tidak berguna lagi.

Mak tunang: "Cis!! Lelaki keparat!! Kalau nak campak-campak buah kelapa, nak lontar pasu, nak lontar batu...pergi berjuang di Palestine lah lawan Israel! Campak kat sana! Kenapa campak kat kepala anak aku syaitoooooooooooonnn!!!" ( sambil beliau menyilat cendol pulut tapai ex-bakal menantunya itu laju-laju dengan kerusi roda hospital )

Walaupun roda wheelchair berada dalam mulut Mat Shah sekarang, sakit di mulutnya itu tidak dapat mengatasi kesakitan dalam hatinya pada dirinya sendiri.


Betullah kata arwah bapaknya dulu:

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian mati tunang."

No comments:

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah