Wednesday, 12 December 2012

Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam Kenangan

Tengah sedap online, tiba3 orang cakap Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
So, tanpa buang masa, aku google la story ni.
Yes, its true. 


Petikan dari akhbar Sinar Harian

BESUT – Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. - Bernama


Sapa yang tak kenal Allahyarham yang selalu muncul di kaca tv tatkala ramai yang menunggu pengumuman untuk berpuasa dan juga untuk hari raya, Allahyarham juga sudahpun bersara pada tahun 2011 setelah memegang jawatan sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun, kini Allahyarham telahpun pergi meninggalkan kita.  Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham tenang dan ditempatkan di tempat-tempat orang beriman insyaallah..Salam takziah kepada keluarga Allahyarham

No comments:

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah