Saturday, 20 October 2012

KENAPA ISTERI BERTINDAK CURANG

Kalau dulu, nak tengok kes isteri curang, memang lah sket je kes tapi sekarang, boleh dikatakan, rata - rata penceraian adalah disebabkan CURANG. 

Kadang - kadang, curang ni kita kena tengok maksud khusus nya. Kalau setakat SMS, call, atau jumpa biasa je. Maybe belum dalam ketegori itu. Tapi, kalau da sampai ke tempat tidur, MasyaALLAH, itu memang dah jadi curang dan derhaka pada suami.

Aku ni orang perempuan, aku bukan nak cakap, aku akan sebelahkan kaum sejenis aku, tapi, kita kena tengok pada kedua - dua belah pihak. Aku dah selidik, beberapa perkara yang menjadikan rumah tangga itu, tunggang langgang, tiada persefehaman, ta bahagia dan etc.

1. TIADA PEGANGAN AGAMA
No comment. Korang sendiri tau solat tu tiang agama. Kalau da masing - masing ta reti na solat, sendiri mau ingat la yea :) Mcm mana na bina rumah tangga yang bahagia kalau korang ta jaga yang utama ni. Pada siapa korang na mntk pertolongan kalau bukan pada DIA.

2. EGOIS
Lelaki ni memang egois kuat. Yelah, na tunjuk mereka ni berkuasa, kalau da salah tu, apa kata mintak je maaf. Bukan guna duit pun na mintak maaf kan ? Sekadar kata penyesalan. Apa salahnya buat kalau itu dapat selamatkan rumah tangga. Ni tidak, nak jugak suruh isteri yang mintak maaf dulu.

3. LUPA TANGGUNGJAWAB
Suami perlu sedar, tanggungjawab sebagai seorang suami amat besar. Sediakan tempat tinggal, beri nafkah, sediakan kelengkapan rumah, anak, isteri. Ni, kalau suami pun lupa nak jalankan tanggungjawab, huh, macam mana lah isteri tu nak hormat pada suami. Pikir sendiri la yea. Awak yang lafazkan niat nikah tu, awak sendiri yang bersetuju, awak sendiri la yang tanggung dosa kerana ta didik isteri awak dengan sempurna.

4. TIADA PERSEFAHAMAN
Ni pun sama. Kalau dah masing - masing nak ikot kata sendiri, memang bergado je la jawapnya. Ni tanak beralah, sana pun tanak beralah, so korang hentuk je kepala kat dinding.

5. JUAL MINYAK
Isteri plak rasa dye masih hot. Yelah, skrg ni orang banyak kahwin muda. Memang ta perasan orang kat luar sana tu yang dye ni isteri orang. Mane tau, nak test market masih bergetah ke tak.

Actually banyak lagi sebab kenapa isteri ni ramai yang curang. Kenapa aku buat topic isteri curang sebab suami curang dah banyak sangat so dah basi dah. So, kepada korang kat luar tu, kalau ada masalah selesaikan sama - sama. Kalau memang dah ta boleh capai kata sepakat, pengakhiran kepada perkahwinan itu adalah jalan yang terakhir. Tapi, seeloknya, kita cuba elakkan kejadian tu dari berlaku.

Aku jadikan benda ni iktibar untuk diri aku jugak. Semoga rumah tangga yang aku bina ni akan kekal abadi memandangkan, aku sedang mengandung 4 bulan ni. AMIN

No comments:

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah