Wednesday, 31 October 2012

ENTRY TERAKHIR DI BULAN OCTOBER

Salam October.
Arini dah last day dalam October.
Baby pun dah 17 weeks da dalam perut.
Makin lama, makin besar dah perut ni kan :)

Alhamdullilah, follower dah makin meningkat.
Terima kasih kepada 600 follower yang setia follow belog buruk aku ni hah.
Semoga korang tetap follow aku sampai ke akhirnya.
Target next month na smpai ke 800 follower =,=

Bulan ni, diakhiri dengan penuh kedukaan.
Ta perlulah aku cerita apa dye, tapi apa yang perlu diketahui, memang ta elok lah nak dikongsi.
Just na bagitahu, sejauh mana rahsia tu kita pegang, confirm, satu hari nanti, mesti akan terbuka jugak. 
Even, apa yang kita buat tu ta salah, tapi at least kita patut share with others tentang apa yang telah terjadi, masalah yang kita hadapi semuanya. Kita perlu cerita supaya kita ta tanggung sendiri masalah tu, so, nanti tade lah, baru na sibuk3 cari jalan penyelesaian.

Bulan ni buat aku jadi kuat, jadi semakin tabah.
Aku semakin bijak dalam menjadi seorang isteri.
Kehidupan mengajar aku untuk menjadi lebih kenal dengan erti kehidupan.
Kehidupan mengajar aku selok belok liku-liku kehidupan yang baik dan jugak yang buruk.

Jadikan, segala apa yang berlaku sebagai pedoman, iktibar, dan juga pengalaman di masa hadapan.
Semoga, apa yang berlaku ini, menjadikan aku lebih berhati-hati di masa akan datang.
AMINNN ~~~

Sunday, 28 October 2012

MACAM MANA AKU DI TRIMESTER PERTAMA :)

Hello mommies. 
How are you ? Hopefully korang semua sihat sejahtera yea :D
Okeyhhh, btw, aku ni nak kongsi sket pasal pengalaman aku semasa berada di trimester pertama. 
Masa aku tengah pregnant minggu pertama - minggu ke 12.
Nak share jugak ape yang aku ngidam, apa yang aku suka, apa yang aku ta suka.
Nanti, mana tau korang yang tengah mengandung ni boleh dapat info sket dari aku ni yang da ade pengalaman (macam banyak je pengalaman :P).

1. Suka makan makanan yang manis & minum air yang masam
Aku ni memang suka makan makanan yang manis. Tapi sejak pregnant ni makin melampau plak kesukaan aku kepada manisan. Mane taknya, kalau pegi kedai, mesti cari gula3 dlu sampaikan mak aku bising yang teramat. Dye ckp nanti kena kencing manis baru tau. Dah aku suka na wat cmne :P. Then, aku ta suka dulu minum air iced lemon tea. Tapi sekarang, kat tempat kerja, bukan main enak je lagi aku hentam semua tu kan :)

2. Aku tak suka minum MILO
Dulu, Milo ni aku punya favourite. Tapi sekarang, sumpah aku memang dah ta bole minum dah. Kalau minum sket3 mmg aku bole tapi kalau mcm dulu, maafla, memang ta bole la :P

3. Tak suka suami
Opsss. Maaflah incik suami. Aku ni memang ta bole tengok muka suami aku. Mesty na gado. Padahal tade ape pun, nanti mula lah aku sent msg bukan3 semua. Ntahla, pembawakkan budak. Ntah suami aku tahan ke ta dengan perangai aku ni sebab sampai skrg aku still mcm ni lagi.

4. Cepat emosional
Aku ni skrg ta boleh orang marah sket mesty aku rasa na nanes je ni. Huhu. Ta bole orang tegur pun na touching. Macam hape je.

5. Selekeh
Kalau dulu keluar, mesty aku siap lama punya. Na tempek make up semua kat muka. Tapi sekarang, hambek ko. Memang aku dah ta heran dah. Kadang3 dengan ta mandi da keluar g breakfast kat kedai. Tak ke selekeh tu namanya :P


Kalau korang ade pengalaman lain, jom la share dengan aku. Nan jugak tau apa yang jadi kat mom to be yang lain. Jangan lokek yea na makan sendiri :P

Friday, 26 October 2012

KANTOI KE BANG ???

Aku tengah dok sedap3 online, then ade sekor mamat ni mcm sakai na ganggu aku.
Aku pun layankan je la.
Konon3 dye na tunjuk nan aku yg dye tu tgh bahagia la sangat.

Then, aku pun rasa mcm bengang sebab aku 1000x bahagia dari dye.

PM aku semata3 na cakap yang dye da dapat anak.
Aku pun mula la interviu. HAHAHA. Saje na kepoh3.
Aku tanye bila kahwin ? Sebabnya aku ta dengar langsung cte pasal dye dah kahwin.
Dye cakap la 23 December 2011.

Then, aku kepoh lagi, tanye anak you sekarang umur berapa ??
Guess what dye punya answer
1 tahun 1/2 
WTF ???

I macam diam terkelu. Aku da la ta suka kt jantan sakai ni, terus aku trap dye dengan soalan, WIFE YOU TU PREGNANT BEFORE KAHWIN KE ???

Lame bebenor dye na bagi jawapan.
Last3 dye jawap BUNTING PELAMIN.

Then, i pun cakap la. Erk ? Bunting pelamin ? Kalau bunting pelamin, anak u baru sebulan kot rasanya :p
Sebab i ni pun tengah bunting pelamin.

TERUS DYE OFF.



Moral of the story, ko jangan cari pasal dgn aku sebab ko tau aku ta suka ko then ko na cari pasal. Sekarang, malu lah sendiri :P

Thursday, 25 October 2012

SALAM AIDILADHA


Bila dengar takbir raya, sayu je haty ni.
Jangan lupa semua solat hari raya aidiladha esok.
Bagi yang balik kampung tu, hati3 di jalan raya.
Aku raya kat sini jela. Incik suami keje.
Lagipun, umah ibu and mak mentua dekat je :)
Marilah kita bekorban ke arah kebaikan.
Semoga hari raya ini disambut dengan penuh keinsafan dan mendapat keberkatan :)
AMINNNNNN

Bila unta dah tak selera makan
Kambing mula resah
Lembu pura3 gelisah
Ayam je nampak cool
Itu tandanya Hari Raya korban dah nak dekat.
Salam Aidiladha dari kami .

ACTIVITY BABY DALAM PERUT MUMMY

Hey, anak mummy buat apa tu ???
Jom, usha3 ape anak3 mummy kat luar sane tu buat dalam perut ibu mereka :DDDDDD


Hehehe, chumel kan :)
LALALALA .
Pagi tade anak mummy da tendang3.
Mesty sekarang tengah joget3 plak :P

Apek - Leuniey Nikah Disember




KOTA BHARU – Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang juga pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember ini.

Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam.

Che Mat berkata, pihaknya kini sibuk membuat persiapan perkahwinan tersebut dengan tarikh yang masih dalam perkiraan adalah antara 28 Disember hingga awal Januari tahun depan.

“Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan.

“Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya.

Menurut Che Mat, majlis pertunangan dan akad nikah akan dilakukan secara ringkas pada hari yang sama.

Che Mat juga tidak mahu mengulas bila ditanya jumlah hantaran serta lokasi majlis perkahwinan itu akan dilangsungkan.

Sumber : Kosmo

BABY DAH START TENDANG :)

Alahai, pagi3 dah open lappy and start menulis.
Ehem, ehem.
Mesty ada story hot kan ? Kalau ta, tade maknanya pagi3 aku na online ;)
Mcm ni ceritanya.
Pagi3 tadi, bangun na kejut incik suami g keje.
Aku plak memang arini rest day tapi banyak benda na buat.
So, kena bangun cpt jugak.

Tiba3 rasa membonjol je kat perut ni, dok pegang3.
Rasa mcm ade tendangan perlahan.
Then, rasa ta puas haty.
Dok letak je tangan kat situ.
Wah, rasa la, mcm degupan jantung.
Tapi, rasa jugak mcm baby tengah nangis then tendang3 mcm tu.

Yay, anak mummy da start aktif.
Seronok, seronok.
Ta sabar na tunggu dye tendang3 lagi ni :P

Nak tengok kaki anak mummy nnt bila tendang3 perut mummy mcm ni :)

Wednesday, 24 October 2012

Segmen : 8 Things About Me

Tengah blog walking tbe3 nampak Segmen yang agak best.
So, i decide na join.
Last date untuk join today. So mengejar masa ni nak join. Tinggal 45 minit je.
Jom mencuba nasib :)


Eight - Things About Me
1. Bekas pelajar Diploma In Accountancy UiTM Shah Alam
2. Seorang isteri dan bakal menjadi seorang mummy
3. Suka melancong dan menyendiri
4. Aktif & suka activity yang mencabar.
5. Sangat suka akan mathematics
6. Gila pada gadjet
7. Seorang pengumpul kasut tegar
8. Memang seorang yang kuat cakap

Seven - Hobbies
1. Readings
2. Watching movies
3. Window shopping
4. Tulis blog
5. Bergossip (sorry :p)
6. Melancong
7. Tengok cite korea.

Six - Things I Hate
1. Kucing
2. Orang yang hipokrit. Hidup na berlakon je.
3. Penipu & pembohong
4. Pengkhianat
5. Bila tengah tidur, ada je orang ganggu
6. Bila masa cuti, handphone berdering. Tengok3 dari office. Wawawawa

Five - Song I Like
1. Hero by Mariah Carey
2. Count On me by Bruno Mars
3. Terukir Di Bintang by Yuna
4. Without You by Mariah Carey
5. My Heart Will Go On by Celine Dion

Four - Favourite film / drama / musical / series
1. Running Man
2. The Voice
3. CSI
4. America Next Top Model

Three - Favourite Food
1. Steak
2. Koko Crunch
3. Ketam Blackpepper

Two - Wishes
1. Semoga aku menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali untuk suami dan bakal anak yang akan lahir
2. Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal abadi dan diberkati oleh Allah.

One - Quotes
Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it. By Sai Baba

MULAKAN PENCARIAN NAMA BABY

Hehehe, mummy tengah busy ni dok usha line nama baby yang best3.
Banyak dah buku yang dibeli, ta kira terbitan apa semua sambar.
Na cari nama anak yang baik dan pastinya ada makna yang baik jugak.

Actually daddy dah sediakan beberapa nama, tp mummy still na find yang best lagi :)
Biar sedap, bagus nanti mesti chumel baby yg keluar tu kan :P

Meyh, mummy sharing beberapa nama yang da jumpa. Mana tau mummy kat luar sane ada yang berkenan :)


BABY BOY
Aliff Danial Zayyan
Muhammad Hafiy Fakhrullah
Muhammad Rafiq Arumi
Muhammad Adam Thaqif Rizqi
Muhammad Zayyan Irfan


BABY GURL
Awliya Aufa
Qaireen Alisha Damia
Qistina Aida Farisah
Dian Zayani
Khayla Izzah Damia



Wah, wah, wah.
Bukan main sedap lagi nama.
Actually banyak lagi.
Tapi, korang pandai3 la sendiri search.
Mintak tlg dgn incik google yea :P

Tuesday, 23 October 2012

CHECK UP. BABY DAH 16 WEEKS !!!

Arghhhhh .
Stress, stress, stress.
Macam ni lah situasi yang berlaku kalau pergi KK.

Dush, dush.
Aku punya appointment kol 8pg.
Punya la chantek, aku amek no tu pukul 8.00 tepat yea.
Aku ni jenis orang yang punctual.

Nak tunggu nurse tu panggil no aku di bahagian pendaftaran, dekat setangah jam aku tunggu.
Dah la aku baru balik keje, berlari - lari pegi KK sebab takot orang ramai.
Mampus aku na tetido3 tunggu no aku naik.

Then, lepas tu, like usual pegi buat urine test.
Ni part yang pling saket aty.
Bila aku da letak buku merah aku dalam bakul, tunggu smpai setinggi gunung everest baru nurse bongok tu amek semua buku.
Dah, nama aku kebawah. Org yang baru letak seronoklah, nama kena panggil dlu.
Dekat sejam aku tunggu, air kencing pun mcm na kering kontang tunggu kena panggil.

Lepas buat urine test, kena pegi jumpa doctor. Nasib baik ta lama. Kalau lame, Tuhan je tahu.
Doctor cakap semua okeyh, just darah aku cair, berat aku ta naik. Still 43.5kg lagi. Then, kencing aku ta lawas. Hahaha. Sket je dye bg ubat. Ntah aku mkn ke ta :P

Ya Allah, memang sumpah aku tanak pegi KK. Tapi na buat macam mana, KK check mmg details. Aduh, KK, tolong lah upgrade sket perkhidmatan. Kurangkan bebual, percepatkan service anda. Kesianla kat kami ni :)))))))))))) 

Monday, 22 October 2012

Segmen : Blog Paling Awesome


Hehehe, saja je na try masuk.
Mana tau, blog aku jadi paling awesome kan :)
Yay ~~~

Nak TAG orang jup ni :)
RAJA RATU





FOLLOWER KE 555

Siapakah follower tu ??
Here its is :DDDDDDDDDDDD

..


..


...


..


Ingatkan na buat entry pasal blog dye.
But ta bole na detect apa3 pun.
Siapa pemilik nama KYLE KESHA nanti try comment kat entry ni :)
I akan follow your blog and buat entry pasal blog you.

Btw, thanks untuk semua yang da like blog buruk aku ni.
Hopefully korang ta rasa bosan membaca karya aku di blog ni.


psst; ta sabar na tunggu 1000 follower :P

MAKANAN KESUKAAN TYME MENGANDUNG NI

Kalau tyme mengandung ni, mesti mommy yang kat luar sane tuh mengidam itu ini kan??
Tapi, aku tade pun rasa mengidam nak makan itu ini.
Mak mentua aku selalu tanye, ada nak makan ape3 ta?
Aku cakap la tade sebab memang tade yang na dimakan pun.

Tapi, aku ade benda yang unik. HAHAHA.
Aku ada makanan kegemaran yang takkan penah lepas, yang aku ta penah muak makan, yang ta penah rasa stop nak makan.
Because of this jugak, aku jadi seorang yang sangat kedekut.
Nak tau ta ape dye ??

Jeng, jeng, jeng ;DDDDDDDD

..

..

..

..

..

..

..

..

..


HAHAHAHA.

Macam budak3 ta aku??
Tapi aku tatau la, kenapa ni mesti jadi makanan kegemaran aku.
Setiap hari mesti aku beli.
Aiyooooo, ni cereal tambahan ni.
Aku kan kurang kalsium :P


psst; korang na menang hadiah best ta? Jom PEGI SINI

Segmen: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!


Hello. Tengah jalan3 then nampak plak ade segmen baru.
Opsss, i terus terjah yea.
HAHAHA.
Na tambah follower ni.
..
..
..
..

Follower sekarang ni hah.

NOW : 549
TARGET : 700

Hopefully, capai lah target ni yea.

Btw, aku tag 2 org blogger aku yea :)


PERSIAPAN BABY : SET TILAM

Hey readers.
Mata still ta boleh na terlelap lagi.
So, ni yang usha3 brg baby ni.
So, now tengah usha baby punya set tilam.

Actually tengah survey beberapa online shop yang ada jual set tilam baby ni.
Al-maklumlah mummy ni sibuk sangat mengalahkan PM, tu yang tade masa na survey kat luar.
Btw, design kat online ni pun tade kurang hebatnya jugak.
Chantek je aku tengok, tu yang buat aku rasa macam na grab je semua.

Aku da dapat beberapa contoh design yang menarik hati.
Sila pilih ikot jantina anak yea :P



Chantek kan yang color pink tu ?
Nanti next month g scan, dah boleh decide na mane satu.
Yang ini memang 100% made from kekabu.
So, memang best je.
Tilam empuk.
Sedap baby tido nanti.
Range price dari RM180 - RM300 :)






Okeyh, ini pulak yang satu lagi yang aku jumpa.
Semua menarik.
Kat sini semuanya cepat SOLD OUT.
So, sapa yang cepat beli, dye la yang dapat.
Range price RM189 - RM300 :)





Ini pulak dari kekabu ade gred AAA.
Ni, memang boleh pilih color sebab dye akan ikot ape yg kita nak.
Kalau korang ade budget, boleh deal dgn dye ni yea :)
Harga pulak dye ta nyatakan berapa.
But starting from RM150.


Okeyh, itu adalah sebahagian daripada online shop yang aku jumpa.
Nanti kalau korang jumpa mane3 lagi, boleh lah share dengan aku yea.
Ni, dah masuk 4 bulan, rasanya na buat persiapan sket3.
So, nanti tadelah rasa duit mengalir sangat macam air :P


Sunday, 21 October 2012

KENAPA KEDALAM KUBUR WANITA DAN LELAKI TIDAK SAMA ???



Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). ”Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”
Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*


Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..

KESEDIHAN ATAU KEGEMBIRAAN

Hello readers.
Selamat hari Ahad, selamat berhujung minggu.

One of my readers ask me.
Kenapa dalam blog ni i semua happy3.
Let me ask you back.
Perlu ke kita cerita tentang kesedihan dalam blog kita ?
Aku jenis ta suka kongsi kesedihan, kedukaan dengan orang.
Biarla, aku ni hipokrit.
Dalam haty tengah sedih tapi aku boleh berlagak gembira.
Cukuplah, aku je yang tengah derita.
Ta usah, orang lain disekeliling aku terasa sama ape yang aku rasa.

Aku memang macam ni.
As long as aku boleh control, aku control.
Fikiran aku lapang and kosong bila aku ada masalah dengan menulis.

Bagi aku, korang yang buat aku happy.
Baca hasil karya korang semua.
Korang lah yang kembalikan semangat aku :)

Thanks all.

Saturday, 20 October 2012

KENAPA ISTERI BERTINDAK CURANG

Kalau dulu, nak tengok kes isteri curang, memang lah sket je kes tapi sekarang, boleh dikatakan, rata - rata penceraian adalah disebabkan CURANG. 

Kadang - kadang, curang ni kita kena tengok maksud khusus nya. Kalau setakat SMS, call, atau jumpa biasa je. Maybe belum dalam ketegori itu. Tapi, kalau da sampai ke tempat tidur, MasyaALLAH, itu memang dah jadi curang dan derhaka pada suami.

Aku ni orang perempuan, aku bukan nak cakap, aku akan sebelahkan kaum sejenis aku, tapi, kita kena tengok pada kedua - dua belah pihak. Aku dah selidik, beberapa perkara yang menjadikan rumah tangga itu, tunggang langgang, tiada persefehaman, ta bahagia dan etc.

1. TIADA PEGANGAN AGAMA
No comment. Korang sendiri tau solat tu tiang agama. Kalau da masing - masing ta reti na solat, sendiri mau ingat la yea :) Mcm mana na bina rumah tangga yang bahagia kalau korang ta jaga yang utama ni. Pada siapa korang na mntk pertolongan kalau bukan pada DIA.

2. EGOIS
Lelaki ni memang egois kuat. Yelah, na tunjuk mereka ni berkuasa, kalau da salah tu, apa kata mintak je maaf. Bukan guna duit pun na mintak maaf kan ? Sekadar kata penyesalan. Apa salahnya buat kalau itu dapat selamatkan rumah tangga. Ni tidak, nak jugak suruh isteri yang mintak maaf dulu.

3. LUPA TANGGUNGJAWAB
Suami perlu sedar, tanggungjawab sebagai seorang suami amat besar. Sediakan tempat tinggal, beri nafkah, sediakan kelengkapan rumah, anak, isteri. Ni, kalau suami pun lupa nak jalankan tanggungjawab, huh, macam mana lah isteri tu nak hormat pada suami. Pikir sendiri la yea. Awak yang lafazkan niat nikah tu, awak sendiri yang bersetuju, awak sendiri la yang tanggung dosa kerana ta didik isteri awak dengan sempurna.

4. TIADA PERSEFAHAMAN
Ni pun sama. Kalau dah masing - masing nak ikot kata sendiri, memang bergado je la jawapnya. Ni tanak beralah, sana pun tanak beralah, so korang hentuk je kepala kat dinding.

5. JUAL MINYAK
Isteri plak rasa dye masih hot. Yelah, skrg ni orang banyak kahwin muda. Memang ta perasan orang kat luar sana tu yang dye ni isteri orang. Mane tau, nak test market masih bergetah ke tak.

Actually banyak lagi sebab kenapa isteri ni ramai yang curang. Kenapa aku buat topic isteri curang sebab suami curang dah banyak sangat so dah basi dah. So, kepada korang kat luar tu, kalau ada masalah selesaikan sama - sama. Kalau memang dah ta boleh capai kata sepakat, pengakhiran kepada perkahwinan itu adalah jalan yang terakhir. Tapi, seeloknya, kita cuba elakkan kejadian tu dari berlaku.

Aku jadikan benda ni iktibar untuk diri aku jugak. Semoga rumah tangga yang aku bina ni akan kekal abadi memandangkan, aku sedang mengandung 4 bulan ni. AMIN

Friday, 19 October 2012

Segmen Tingkatkan Follower Sampai Lebam


Hello, korang.
Jom join segmen ni.
Macam best je.
Tengok tajuk pun macam dah best.

Meyh. aku bagi print screen follower aku sekarang.
Bukti ni, bukti :DDDDDDD
Huhuhu, baru ada 534 follower. Lambat lagi na cecah 1k :p

Kalau korang nak join, just click je banner kat atas tu yea :DDDDDDDDD


Wednesday, 17 October 2012

MENU : IKAN CARU SUMBAT SAMBAL

Hehehe. Okeyh, here is our menu today.
Sebab aku dah kahwin, sesekali aku patut masukkan menu dalam belog aku jugak kan ?
Rasanya, this is the first time aku masukkan menu dalam belog.
Wah, pecah rekod ni. Sape cakap mak ta pandai masak.
Okeyh, jom kita tengok.


IKAN CARU SUMBAT SAMBAL

Bahan - Bahan :
Lada kering (dikisar)
Bawang Merah (dikisar)
Bawang Putih (dikisar)
Ikan Caru
Gula (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Ajinamoto (secukup rasa)


Ni sambal yang dah siap di kisar. Semua orang mesti tau kan mcm mane na buat sambal ni. Ni suma dari bahan - bahan seperti bawang merah, bawang putih dan lada kering yang sudah dikisar bersama. Masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa. Api perlahan yea.

Ni pulak ikan caru yang dah siap di siang. Sila belah bahagian tengah dye yea.

Belahan ikan di tengah tadi, di sumbat dengan sambal yang sudah siap di masak.

Ikan yang siap di sumbat tadi, di goreng di dalam kuali. Minyak harus mencukupi. Plus, api jangan besar sangat. Nanti luar je masak. Dalam tidak.

Ikan yang dah siap di masak. TADAAAA. Memang hitam sket sebab minyak yang tadi tu dah bercampur dengan sambal yang di sumbat.

Boleh perahkan limau nipis di atasnya kalau na rasakan lagi sedap. Selamat Mencuba !

RUMAH SEWA


Aku rasa sekarang ni bukan main susah lagi aku na cari rumah sewa.
Menyampah betul la tengok rumah sewa yang kat area ni mahal na mampos.
Padahal, korang byr sewa bukan byk mcm tu pun.
Bantulah aku yang baru na bertapak ni.

Btw, kalau korang ada area rumah sewa sekitar Masai, Pasir Gudang, Seri Alam or seangkatannya, area Johor yea. Please bagitahu.
Hari3 aku dok update kt mudah, tapi apa pun ta boleh :(

HAPPY BIRTHDAY ADAM !


It has been said that real friends
Are very hard to find.
The ones that stay when times are tough
A real friend - the lasting kind.
As I travel through this life,
I know one thing is true.
I will never find a better friend
Than I have found in YOU!
Happy B'day to a special friend!

Hey Adam, this cake just for you. Hopefully its makes u happy :)
Remember that, there are a lot of people around you and they always be by ur side.
I'm pray for your happiness and I hope that u will be more successful in your life.

Nak hadiah ke ? Meyh, ni I bagi kat you yea :DDDDDD

..

..

..

..

..

..

..

..

TADAAAAAAA


Tuesday, 16 October 2012

KESIAN BABY

Kalau orang mengandung boleh ta tidur or baring secara meniarap.
Aku ni memang peniarap tegar :)

Kesan anak mummy yea. Tape la sayang, nasib baik kecik lagi.
Kalau da besar, sah3 dye main tendang3 dalam perut tu nanti kan.

Alhamdullilah, bayi dalam kandungan dah na masuk 4bulan.
Masih ada balance 5 bulan before anak mummy na keluar dari perut.
Ta sabar rasanya na tunggu sayang keluar.
Ta kesahlah boboy ke gugurl asalkan sihat dan selamat sentiasa.


CARA MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI YANG DINGIN

Hello gorgeous.
Today, i na buat entry ni.
Y ?? Because. lately banyak sangat kes cerai berai .
So, kalau boleh cegah, better cegah before benda yang ta ingin berlaku, terjadi.

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
 4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
 5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
 6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
 7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
 8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
 9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
 10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
 12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
 13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
 14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
 15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
 16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
 17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
 18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
 19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
 20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
 21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
 22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
 23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
 24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!
 25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
 26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..
 27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
 28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
 29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
 30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
 31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
 32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
 33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
 34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!
 35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
 36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam. 
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
 38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh. 3
9. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
 40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
 41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
 42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
 43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
 44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
 45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
 46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
 47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya. 
48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
 49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
 50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
 51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
 52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
 53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
 54. Solat bersama dan berdoa bersama.
 55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta. 
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
 57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
 58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya. 
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
 60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
 61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
 62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
 63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
 64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
 65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
 66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
 67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
 68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
 69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
 70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
 71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
 72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
 73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
 74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
 75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
 76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Aku jugak manusia biasa. Aku cuba untuk pratikkan semua ini supaya aku dapat hidup dalam aman dan bahagia bersama suami :D

I'M SO SORRY

Maafkan saia sebab dah menyakitkan haty awak .
Bukan niat saya untuk buat macam tu.
Saia cuma ta sengaja .
Maybe kelakuan, perkataan dan perbuatan saia terlalu melampau.
Maaf sangat3.

Sahabat, tiada yang terbaik dalam hidup saia apabila saia memiliki seorang sahabat yang sentiasa ada bersama dengan saia.
Awak ta pernah biarkan saia seorang even masa tu saia dihentam teruk.
Maafkan saia sekali lagi sebab ta pandai na menghargai awak.

Khas, untuk seseorang yang baru menjadi sahabat dalam hidup saia <3

Sunday, 14 October 2012

JUAL ANAK. MEYH BELI ~~~~


Ada jugak orang macam ni sekarang yea.
Haishhh, makcik, makcik .. Anak makcik tu bagus sangat kew :)
Ingtlah makcik. Perkahwinan ni tuntutan agama.
Anak makcik tu bukan untuk dijual beli.
Haishhh, malu lah makcik oiiiii :)

Saturday, 13 October 2012

PERKEMBANGAN BAYI DALAM PERUT DARI MINGGU 1 HINGGA MINGGU 40

Hello guys .
Hikhikhik, sekarang ni asyik na buat entry untuk baby yang dalam perut je ni.
Mana taknya, aku teruja yang amat okeyh :)
Setiap hari tengok perut ni dok membesar je.
Nak beli pita ukur, nanti tiap minggu na ukur lilit perut membesar berapa cm :P

Oh yea, just na share with others, sedikit info yang aku dapat, untuk pembentukan bayi dalam perut, dari Minggu 1 hingga Minggu ke 40.

So, now aku dah Minggu 15. You alls ??





Minggu ke-1 : Proses pembentukan antara sperma dan telur yang memberikan signal kepada tubuh bahwa telah ada calon bayi dalam rahim. 

Minggu ke-2 : Sel-sel mulai berkembang dan terbagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium (dinding rahim). 

Minggu ke-3 : Embrio terbentuk sepanjang 0,08 inci / 2 mm. 

Minggu ke-4 : Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung). 

Minggu ke-5 : Terbentuk 3 lapisan yaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm yaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing. 

Minggu ke-6 : Terbentuk kepala dan badan. 

Minggu ke-7 : Bentuk bayi semakin jelas. 

Minggu ke-8 : Wajah bayi sudah mulai terbentuk diantaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang tipis. Anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun belum sempurna. 

Minggu ke-9 : Penyempurnaan telinga dan bayi mulai menggerakkan anggota badan. 

Minggu ke-11 : Alat kelamin luar mulai terbentuk tetapi ukurannya masih kecil. 

Minggu ke-12 : Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. 

Minggu ke-13 : Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar untuk seiring pembesaran kepala. 

Minggu ke-14 : Detak jantung bayi mulai menguat tetapi kulit bayi belum tebal kerana belum ada lapisan lemak. 

Minggu ke-15 : Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup. 

Minggu ke-16 : Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan memerlukan nutrisi melalui plasenta. Bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan mulai boleh mendengar suara. Dalam proses pembentukan ini sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. 

Minggu ke-17 : Rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. Sidik jari sudah mulai terbentuk.

Minggu ke-20 : Proses penyempurnaan paru-paru dan system pernafasan. Pigmen kulit mulai terlihat. 

Minggu ke-21 : Bayi mulai membesar. 

Minggu ke-22 : Struktur gigi bayi mulai berkembang. 

Minggu ke-23 : Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna. 

Minggu ke-24 : Kulit bayi mulai menebal. 

Minggu ke-25 : Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin membaik. Indra bau bayi sudah semakin membaik kerana di minggu ini bahagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. 

Minggu ke-26 : Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mulai terbentuk. Aktiviti otaknya yang berkaitan dengan pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi. Ibu dan ayah dah boleh memperdengarkan lagu yang ringan dan mencuba untuk memberi cahaya lebih disekitar perut, mungkin ibu akan merasakan anggukan kepala si kecil. 

Minggu ke-27 : Indra rasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. 

Minggu ke-28 : Lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas kerana beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai boleh berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup. 

Minggu ke-29 : Sensitiviti dari bayi semakin jelas, bayi sudah boleh mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah bisa mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia. 

Minggu ke-30 : Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup matanya. Kini si kecil pun sudah mulai menghasilkan air mata. 

Minggu ke-31 : Perkembangan fizikal bayi sudah mulai melambat pada fasa ini, hanya berat badan bayi yang akan bertambah. Selain itu lapisan lemak akan semakin bertambah dibawah jaringan kulitnya. Tulang pada tubuh bayi sudah mulai mengeras, berkembang dan mulai memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosforus. Berbanding dengan perkembangan fizikalnya, pada fasa ini perkembangan otaklah yang berkembang dengan sangat pesat dengan menghasilkan berjuta sel. Apabila diperdengarkan muzik, bayi akan bergerak memberi respon. 

Minggu ke-32 : Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari mungil tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan semakin panjang. Bayi sudah start boleh bermimpi. 

Minggu ke-33 : Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mulai boleh berkoordinasi antara lain. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah boleh mengambil nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Apabila bayinya lelaki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. 

Minggu ke-34 : Kedudukan bayi berada di pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mulai mengedipkan matanya. Tubuh ibu sedang mengirimkan antibodi melalui darah ibu ke dalam darah bayi yang berfungsi sebagai sistem kekebalan tubuhnya dan proses ini akan tetap terus berlangsung bahkan lebih perinci pada saat ibu mulai menyusui. 

Minggu ke-35 : Pendengaran bayi sudah berfungsi secara sempurna. Lemak dari tubuh bayi sudah mulai memadat pada bagian kaki dan tangannya, lapisan lemak ini berfungsi untuk memberikan kehangatan pada tubuhnya. Bayi sudah semakin membesar dan sudah mulai memenuhi rahim bunda. 

Minggu ke-36 : Kulit bayi sudah semakin halus dan sudah menjadi kulit bayi. Lapisan lemak sudah mulai mengisi bagian lengan dan betis dari bayi. Ginjal dari bayi sudah bekerja dengan baik dan livernya pun telah menghasilkan kotoran. Saat ini paru-paru bayi sudah bekerja baik bahkan sudah bersedia bertemu dengan ibu dan ayah. huhu 

Minggu ke-37 : Kepala bayi turun ke ruang pelvik. Bentuk bayi semakin membulat dan kulitnya menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah 5cm. Kuku terbentuk dengan sempurna. Bayi sudah boleh melihat adanya cahaya diluar rahim. Bayi pada saat ini sedang belajar untuk mengenal aktiviti harian, selain itu bayi juga sedang belajar untuk melakukan pernafasan walaupun pernafasannya masih dilakukan di dalam air. 

Minggu ke-38 hingga minggu ke-40 : Proses pembentukan telah berakhir dan bayi bersedia untuk dilahirkan. =)

SEGMEN : Siapa blogger bertuah by Nelly dan Nabila Medan ?


Kalau korang na join, just click yea yea banner kat atas tu.
Ni, aku tag 3 orang blogger dalam list aku :D


SEGMEN : Siapakah Blogger Idola Korang


Okeyh, kenapa aku join blog ?
Sebab aku suka baca tulisan orang lain.
Ada banyak blogger yang aku memang follow habis kalau dye buat entry.

Best sangat3 kalau baca penulisan they all.
So, korang semua jom la follow they all.
Btw, dengan belog la dorang ni jadi fofular sekarang :P
Kadang3 apa yang dorang tulis tu bawak banyak info untuk kita semua.

SEGMEN : Follow Sampai Pening


Follower : 515

Nak join ? Click banner kat atas tu :DDDDDDDD

SEWA TUDUNG NIKAH

Hello, selamat pagi dan salam Satu Malaysia.

Alhamdullilah, husband da discharged dari Specialist semalam.
So, eerything run smoothly. Thanks pada sesiapa yang doa tu. Semoga rezeki korang dimurahkan :)

Okeyh, let's talk about tittle yang aku type ni.
Aku berniat na sewakan tudung nikah @ dress  yang aku pakai aritu :)
So, kalau ada sesiapa yang berminat, korang bolehlah PM aku.



Okeyhh, ini gambar tudung yang aku pakai time nikah aritu :DDDDDDDD




Then, this one plak dress nikah yang aku pakai time nikah aritu.

Kalau ada yang berminat, sila PM yea :DDDDDDDDD
miss.shahreena@ymail.com


Wednesday, 10 October 2012

Suamiku Accident !

Selamat petang semua ..
Baru terasa na menulis sekian lama ta update apa pun status kat belog huduh ni.

I just got back from Johor Specialist Hospital.
My husband kena accident time dye got back from work pagi tadi.
Haishhh, terkejut hati ni, sampai ta boleh na cakap ape time dapat tahu.

Tapi, luckly tade kecederaan teruk yang berlaku.
Cuma, doctor akan buat pantau je keadaannya sekarang.

Hopefully, semuanya baik dan suami saya cepat sembuh ~~~~~~~~

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah