Friday, 28 September 2012

SUAMI AKU KAHWIN LAIN !!!! ENTRY BAHAYA NI

Salam Jumaat, Selamat Pagi semua.

Hari ini, aku mimpi teruk. Baru aku sedar, aku da 2 kali mimpi sebegini. Tapi, lepas bangun tidur tadi, baru aku sedar pasal mimpi tadi tu.

Aku mimpi suami aku kahwin 2. 

OMG !!! Kalau btol3 dye kahwin lain, mesty korang dapat bayangkan apa perasaan aku. Aku menangis time dalam mimpi tadi. Ta perlu aku cerita apa yang berlaku dalam mimpi tadi. Just the end, aku mintak cerai dari husband aku. Dalam mimpi tu yea !

Tapi, bangun tidur je tadi, aku terus google pasal mimpi yang aku alami tu. Yelah, aku takot jugak kalau sesuatu yang berlaku. Orang cakap, mimpi ni selalu terbalik. Kalau suami aku kahwin lain, means dye takkan buat mcm tu.

So, aku temui jugak jawapannya yang akhirnya membuatkan aku legaaaaaaaaaa ~~~~~~~~~


Alhamdullilah :)

Kalau btol lah maksud tafsir mimpi ni, aku memang rasa sangat gembira la. Terima kasih Ya Allah , sebab kurniakan aku rezeki yang ta terhingga. Aku pun da naik pangkat sekarang. So, one step move one. Ni semua rezeki baby dalam perut :)))

Allah beri aku kekuatan untuk meneruskan hidup yang aku tempuhi. Tuhan beri aku dugaan dan cabaran yang dye sndiri tau aku mampu untuk tempuhi. Terima kasih Tuhan sebab aku tau, ada hikmah yang berlaku di sebalik semua ni.

Tuesday, 25 September 2012

BABY BOY KE GIRL YEA

Ewah, ewah, makin berisi tengok badan ni.
Tapi still rasa bangga lagi, sebab baju nikah yang ketat macam sarung nangka tu still boleh dipakai. Mak ta gemokkkkk lagi yea :p

Okeyh, now baby da masuk 3 bulan. Makin lama makin membesar. Wawawawa. Dup dap kat haty ni nak tau baby girl ke boy. Bukan apa, senang na buat persiapan. Nnt beli baju color pink banyak3, tup3 yang keluar boboy plak. Haishhhh. Kan da susah kan ???

Okeyh, btw, aku ada beberapa tips yang korang boleh usha actually. Mana tau, betul ke terkena kat korang. Aku pun tengah try3 jugak ni :P


TANDA BABY BOY
**ikhsan mr.google

 Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
** Memang betol. Aku tade pun rasa nak muntah3 or mual3 sangat awal3 pregnant ni :p

Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
** Nanti pegi check-up aku na tanya doctor :)

Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
** Hahaha. Aku belum rasa apa3 lagi la.

Perut anda kelihatan bulat sempurna
** Baru 3 bulan. Kecik bebenor :P 

Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
** Bertambah hitam kowt

Bentuk perut condong ke arah bawah
** Memang aku rasa sekarang ni, perut aku lebih besar sket bahagian bawah.

Sukakan makanan yang masam dan masin
** Tak pernah3 aku suka makan nasi goreng ikan masin. Now, aku na makan je nasi tu :p. Dan aku rasa, masin tu memang lazat :)

Tapak kaki selalu berasa sejuk
** Aku ta pasti tang ni. Tapi, kalau malam3 tu, aku memang sentiasa rasa kesejukkan yang amat even ta bukak kipas  

Tangan selalu kekeringan
** Aku rasa tangan aku memang selalu kekeringan pun.

Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
** Ni lagi la aku ta sure. Sebab aku ta tahu mana timur and mana barat :p

 Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
** Ni memang ta dapat dinafikan. Baba asyik na makan je. Da makan pun, na makan lagi :p. Berat badan pun da naik dah. Perut da buncit dah :)

Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
** Budak3 crew aku kat tempat keje cakap aku makin chantek :) Hehehe. Petanda ni :)

Hidung tampak lebih mekar
** Ni aku na suruh mak aku belek hidung aku jup lagi. Mesti jumpa jawapan :)

Selalu sakit kepala
** Memang sejak akhir3 ni aku sakit kepala je. APTB 




TANDA BABY GIRL 
**ikhsan mrs.google :)

Mengalami morning sickness di awal kehamilan
** Ta rasa apa3 pun. Senang aku mengandung tau ta. Suami aku yang kena morning sickness ada lah :)

Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
** Memang aku rasa berat, sakit na bangung. Lagi3 kalau aku tengah baring then na bangun. Mesti aku kena suruh orang tolong aku na bangun.

Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
** Aku tengok same je.

Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
** Hehehe. Hitam lebat je tengok.

Bentuk perut condong ke arah atas
** Tadi condong ke bawah.

Perut tampak agak lonjong
** Kecik meyh. Ta nampak bentuk lagi

Mengidam makanan yang manis
** Aku memang suka makan makanan yang manis pun.

Sukakan buah-buahan
** Benci ! 

Suka minum air atau jus yang bersifat masam
** Ta suka jugak ! 

Anda lebih cerewet semasa hamil
** Memang aku sentiasa cerewet pun :) 

Mudah moody berbanding sebelumnya
** Hah. Ni memang btol. Sampai aku asyik bergado je nan hubby. 

Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
** Sekarang rasa okeyh je. Sebab mak aku cakap, aku pakai apa muka aku bersih je :p

Tidak suka makan roti bersama kulitnya
** Aku bantai je makan dua3.

Payudara kelihatan mengembang
** Aku terlalu busy sampai ta boleh nak perhatikan setiap perubahan :)

Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur
** Nanti aku beli kompas :)


Actually, we all ta kisah dapa baby boy ke girl asalkan sihat sejahtera. Hehehe. Membesar dengan baik, itu dah cukup dah. Kalau dapat apa yang dimahukan itulah dinamakan rezeki :) Sebab aku rasa, anak tu memang rezeki yang terbesar dari Allah :)

Aku tengah pikir3 ni, nama anak yang sesuai. Macam3 nama aku dah jumpa. Semua best3. Kena make sure makna pun yang baik jugak supaya anak yang keluar nanti jadi soleh dan solehah. AMINNNN

Thursday, 13 September 2012

IPHONE 5 BUAT HATY MELETOPPPPP

Seperti mana yang kita tahu, IPhone 5 dah launch pagi tadi di US.

Harga dya lebih kurang sama dengan IPhone 4S. So, memang rugi lah kalau anda semua beli IPhone 4S sekarang sebab harga dah sama, benefit pulak makin banyak. kenapa tak tunggu ???

Btw, jom kita tengok sama - sama features IPhone 5 ni. Apa yang menarik sangat sampai orang ramai semua berebut - rebut nak beli :DDDDDDDDD



Btw, IPhone 5 hanya akan masuk Malaysia dalam bulan December. So, kalau ada seller yang dah jual, hati - hati yea. Sebab Malaysia belum launch. Nnt sia - sia je duit anda.

So, pikir la sendiri yea. Berbaloi ke ta beli ???

Terasa nak mintak hubby sponsored je untuk beli IPhone 5 ni. Dah mengidam ni. Nak jugak, na jugak :DDDDDDDDDDDDDD

Friday, 7 September 2012

KEMBALI

Hello all ...

Good morning and happy Friday ..

Rasanya dah lama dah aku tinggalkan belog ni kan. Dah hampir 3 bulan selepas wedding aku aritu . Aku pun ta sempat na update ape3 pasal wedding tu.

Tapi tape, aku na update nnt jup3 lagi.
 
Now aku na g breakfast sebentar :)



TUNGGGGGGUUUUUUUU ...

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah