Thursday, 26 April 2012

[10 THINGS] DAY ONE : 10 THINGS ABOUT YOU


Nama Sebenar
Parents aku bagi nama memang lah panjang. Sampaikan cikgu - cikgu aku kat sekolah dulu pun susah giler nak menyebut. Hahaha. balik - balik nanti dorang tanya, macam mana lah nanti bakal suami awak nak akad nikah. HAHAHA. Kesian. kesian.

Milik Orang
Macam yang korang tau, aku ni memang dah ada boyfren oke. And aku nak jadi isteri orang dah pun. Sorry la pada lelaki kat luar sana. Aku tau korang semua berebut - rebut nak amek aku jadi girlfren korang. Tapi sorry yea, aku tak berminat. Aicehhhh, ayat macam banyak peminat.

Adik Beradik
Aku ni anak sulung. Tapi aku benci orang panggil aku kak long. Sebab aku rasa macam kolot sangat. So, dorang panggil aku je. Aku ada 4 orang adik. yang best sekali adik aku yang bongsulah. Umur dye baru 6 tahun. Ni yang dulu time aku kat "U", baru 1st year, baru masuk sem 1, mak aku beranak 2bulan lepas aku kat "U". Jadi, bila orang tanya aku balik umah kenapa, aku cakap, mak aku beranak. HAHAHAHA. Dorang semua terkejut. 

Teman Baik A.K.A BFF
Orang cakap, BFF tu jadi tempat untuk mengadu segala benda hal. Aku pun dulu ada BFF, tapi sekarang aku rasa, semua orang BFF aku sebab aku rasa selesa bila aku bercerita or bersama dengan they all. Sulu maybe ada lah kot aku BFF sebab time kt "U mestilah semua orang ada BFF sendiri. Tapi sekarang ni, aku pun macam dah lost contact dah dengan dia.

Kami Adik dan Kakak
Hello, orang kampung. Ada ke patut tiap kali keluar nan ibu aku, mesti dorang cakap aku ni adik, then ibu aku kakak. Ibu aku tu dah umur 46 okeyhhh. HAHAHA. Tapi memang aku tak nafikan, mak aku memang kelihatan awet muda sama seperti anaknya. Orang cakap aku umo 18tahun oke. Baru lepas SPM lagi. 

Makanan
Okeyhh, bab ni sensitip sket yea kawan - kawan. Mengapa ? Sebab aku memang memilih sket bab makanan ni. Aku memang tak suka makan sayur. Aku memang tak suka makan buahan. Aku memang tak suka makan ulam-ulam. Paling aku tak suka, BELACAN. HAHAHA. So, bab makanan aku memang tak boleh kompromi. Aku suka makan western. Aku memang suka habiskan duit untuk makan tapi please, elakkan bawak aku dari pegi tempat makan yang ada sediakan makanan macam ni.

Lesen Kereta
Okeyh, aku ni memang berangan nak beli kereta. Tapi, lesen aku tak pass lagi. Balik - balik sangkut kat bukit. Dah 5 kali ambik, kat tempat yang sama je. yang lain aku dah pass. Kat situ plak aku sangkut. Bengang aku !! Korang ada tips tak yang berguna untuk lepaskan bukit tu ekh ?

Warna
Aku ni pelik sket. Kadang - kadang aku suka warna merah, kadang - kadang color pink. Tengok pada mata aku lah senang. Kalau aku rasa color tu chantek, means, aku memang dah terpikatlah dengan color tu :) HAHAHAHA. No specific on favourite color.

Shopping
Orang pompuan, biaselah. memang giler shopping. Tapi aku rasa seronok sebab, bakal suami kita tu pun layan kepala macam kita jugak. HAHAHA. Dye shopping lagi mengalahkan kita. Lagi lambat awak tau tak. Tapi, seriously, aku ni memang cerewet dalam bab membeli. Tapi tu duit kita kan ? So, untuk kepuasan diri, apa salahnya kita pilih yang terbaik.

Giler Gadjet
Mak aku paling tak suka bila ada je keluar gadjet baru. Nak tau kenapa ??? Sebab aku mesti akan teruja, kumpul duit untuk membeli gadjet tu semua. Sebab tu mak aku akan bising setiap kali keluar, aku akan singgah di kedai gadjet untuk melihat koleksi terbaru. HAHAH. Sekarang ni, aku dalam proses untuk membeli IPAD 3. Yawaaaaaa

2 comments:

FaLya said...

Best lah cerita akak ni..

FITRYNA ◕‿◕ said...

Hehehe.
Thanks dik.
Meyh la buat sekali.
Mesti cte adek best jugak :)

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah