Monday, 30 April 2012

MAAFLAH KALAU ADA SALAH


Mungkin , saia banyak sangat silap dekat awak sampai awak sekarang cepat sangat terasa hati dengan saia. kalau betul awak rasa saia ni membebankan awak, tapela awak, saia akan jauhkan diri saia. 

Saia ta suka paksa - paksa orang, sebab tuh saia dah jarang contact awak. Sebab saia na mengelakkan pergaduhan. Maafla awak.

Maybe saia mmg selalu je tade mood. Tapi saia ta penah maksudkan untuk jadi macam tuh. Maaflah sekali  lagi kalau awak terasa ..........

Sunday, 29 April 2012

[10 THINGS] DAY ONE : 10 THINGS YOU WANT TO SAY TO ONE PERSON

Hello babes.

Let's check this out :))))))))))))

**1 : Awak, awak. Saia tatau macam mana saia boleh suka kat awak la 6 bulan yang lepas. Itu pun kena awak kat muka buku. 

**2 : Maaflah awak sebab selalu saia buat awak marah. Saia bukan sengaja. Tapi saia cuma mintak lebih perhatian tuh.

**3 : Thanks sangat sebab sudi amek kita pegi balik keje. Anta kita sana sini. Kita tanak anggap awak kita ni jadikan awak macam driver. Tapi kita na awak tau, kita ni memang nak awak tau kemana kita pergi selama ni. 

**4 : This is the best part, bila awak akan jadi suami kita lagi 61 hari jek lagi. Sabar yea bakal suami :)

**5 : Kalau lepas gaduh tu, bila saia ta call awak means saia minta awak pujuk la tu. So, awak paham - paham lah yea.

**6 : Terima kasih sebab awak sentiasa ada di sisi saia tak kira senang atau susah.

**7 : Awak dengan saia memang sehati sejiwa. Awak tau kenapa ? Sebab , kadang - kadang kita selalu nak buat benda yang sama even awak atau saia belum communicate antara satu sama lain.

**8 : Awak tadah je telinga awak dengar saia membebel even awak tau tu semua tade kena mengena nan saia.

**9 : Saia suka sikap awak yang sabar dengan kerenah saia yang bukan - bukan ni hah.

**10 : Saia nak awak tahu saia sayang awak sangat - sangat . Saia tatau mcm mana hidup saia tanpa awak disisi. Semoga, awak akan terus bersama saia hingga ke akhir hayat.


my dear : muhammad noor fitri :)

Thursday, 26 April 2012

[10 THINGS] DAY ONE : 10 THINGS ABOUT YOU


Nama Sebenar
Parents aku bagi nama memang lah panjang. Sampaikan cikgu - cikgu aku kat sekolah dulu pun susah giler nak menyebut. Hahaha. balik - balik nanti dorang tanya, macam mana lah nanti bakal suami awak nak akad nikah. HAHAHA. Kesian. kesian.

Milik Orang
Macam yang korang tau, aku ni memang dah ada boyfren oke. And aku nak jadi isteri orang dah pun. Sorry la pada lelaki kat luar sana. Aku tau korang semua berebut - rebut nak amek aku jadi girlfren korang. Tapi sorry yea, aku tak berminat. Aicehhhh, ayat macam banyak peminat.

Adik Beradik
Aku ni anak sulung. Tapi aku benci orang panggil aku kak long. Sebab aku rasa macam kolot sangat. So, dorang panggil aku je. Aku ada 4 orang adik. yang best sekali adik aku yang bongsulah. Umur dye baru 6 tahun. Ni yang dulu time aku kat "U", baru 1st year, baru masuk sem 1, mak aku beranak 2bulan lepas aku kat "U". Jadi, bila orang tanya aku balik umah kenapa, aku cakap, mak aku beranak. HAHAHAHA. Dorang semua terkejut. 

Teman Baik A.K.A BFF
Orang cakap, BFF tu jadi tempat untuk mengadu segala benda hal. Aku pun dulu ada BFF, tapi sekarang aku rasa, semua orang BFF aku sebab aku rasa selesa bila aku bercerita or bersama dengan they all. Sulu maybe ada lah kot aku BFF sebab time kt "U mestilah semua orang ada BFF sendiri. Tapi sekarang ni, aku pun macam dah lost contact dah dengan dia.

Kami Adik dan Kakak
Hello, orang kampung. Ada ke patut tiap kali keluar nan ibu aku, mesti dorang cakap aku ni adik, then ibu aku kakak. Ibu aku tu dah umur 46 okeyhhh. HAHAHA. Tapi memang aku tak nafikan, mak aku memang kelihatan awet muda sama seperti anaknya. Orang cakap aku umo 18tahun oke. Baru lepas SPM lagi. 

Makanan
Okeyhh, bab ni sensitip sket yea kawan - kawan. Mengapa ? Sebab aku memang memilih sket bab makanan ni. Aku memang tak suka makan sayur. Aku memang tak suka makan buahan. Aku memang tak suka makan ulam-ulam. Paling aku tak suka, BELACAN. HAHAHA. So, bab makanan aku memang tak boleh kompromi. Aku suka makan western. Aku memang suka habiskan duit untuk makan tapi please, elakkan bawak aku dari pegi tempat makan yang ada sediakan makanan macam ni.

Lesen Kereta
Okeyh, aku ni memang berangan nak beli kereta. Tapi, lesen aku tak pass lagi. Balik - balik sangkut kat bukit. Dah 5 kali ambik, kat tempat yang sama je. yang lain aku dah pass. Kat situ plak aku sangkut. Bengang aku !! Korang ada tips tak yang berguna untuk lepaskan bukit tu ekh ?

Warna
Aku ni pelik sket. Kadang - kadang aku suka warna merah, kadang - kadang color pink. Tengok pada mata aku lah senang. Kalau aku rasa color tu chantek, means, aku memang dah terpikatlah dengan color tu :) HAHAHAHA. No specific on favourite color.

Shopping
Orang pompuan, biaselah. memang giler shopping. Tapi aku rasa seronok sebab, bakal suami kita tu pun layan kepala macam kita jugak. HAHAHA. Dye shopping lagi mengalahkan kita. Lagi lambat awak tau tak. Tapi, seriously, aku ni memang cerewet dalam bab membeli. Tapi tu duit kita kan ? So, untuk kepuasan diri, apa salahnya kita pilih yang terbaik.

Giler Gadjet
Mak aku paling tak suka bila ada je keluar gadjet baru. Nak tau kenapa ??? Sebab aku mesti akan teruja, kumpul duit untuk membeli gadjet tu semua. Sebab tu mak aku akan bising setiap kali keluar, aku akan singgah di kedai gadjet untuk melihat koleksi terbaru. HAHAH. Sekarang ni, aku dalam proses untuk membeli IPAD 3. Yawaaaaaa

Tuesday, 17 April 2012

INGIN TAHU PASANGAN ANDA TERUNA ATAU TIDAK??


Malam - malam update entry memang malas sangat.
Tapi, tiba - tiba rasa semangat bila nak update, nak ketengahkan entry ni.
Mesty korang semua teruja kan :)
HAHAHAHA.

Kaum Adam kat luar sane, siap sedia lah anda yea.
Jom kaum hawa kita tengok, apa beza lelaki teruna or dah hilang teruna.


9 Cara Untuk Mengesan Lelaki Teruna Ataupun Tidak

Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita
Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan
Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja
Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku
Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya
Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna
Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan
Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan

Sila ambil perhatian. Panduan di atas bukanlah 100% tepat dan jawapan yang paling tepat untuk mengetahui sama ada lelaki tersebut masih teruna ataupun tidak adalah jawapan yang jujur daripada mulutnya sendiri dan juga setelah anda bersama dengannya iaitu pada waktu malam pertama (untuk yang dah berkahwin sahaja ok!).

Sunday, 15 April 2012

#4 [WEDDING] : MY WEDDING CARD IS PURPLE COLOR

Selamat malam semua.

Yes, yes. Arini memang begitu semangat sekali aku nak update belog huduh aku ni.
Actually mesti korang mcm serabu tengok blog aku ni. Sebab aku tgh dalam proses penyelenggaran.
Tapi, aku still open lagi blog ni untuk tatapan semua sebab aku dah bertekad na update once a day status ni no matter what happen.

Aicehhhhh, actually aku tengah semangat nak update ni pasal aku baru je lepas ambil wedding card aku dari kedai tadi.

Punyalah semangat aku na amek sampai call orang kedai tu banyak kali. Naik malu ni hah muka aku ni.
Tapi, aku sangatlah excited untuk melihat card yang aku tempah ni.
Jom, jom kita usha :))))))))))

..

..

..

..

..

..

..

JENG , JENG, JENG

..

..

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAA










See, see. Chumel ta wedding card aku ni.

Hehehehe, aku memang teruja and sangat - sangat suka yang teramat la :)))))))

Just nak say thanks so much pada pihak NANOZONE sendiri sebab buat card yang memang la SUPERBBBBB chantek yang aku sendiri ta sangka macam ni. So, memang aku suggest dekat korang semua, if sesiapa rasa nak buat wedding card tu, korang boleh lah order terus dari they all.

Serious, aku memang cakap, aku very satisfied dengan hasil kerja dorang ni. Nak proses amek card pun rasanya memang ta amek masa yang lama. Sebab dalam masa 2 minggu lepas aku proceed design, card aku pun dah siap.

So, ada sesiapa berminat nak dapatkan card aku ni ke??? Jom PM aku je cepattttttttttttttttttt.
Menghitung hari. Alhamdullilah, selesai satu perkara. At last, aku berjaya selesaikan satu benda penting dalam proses majlis aku. Chumel kan card aku tu :)))


Tuesday, 10 April 2012

#3 [WEDDING] : DUGAAN SEBELUM BERKAHWIN

Salam Satu Malaysia.

Aicehhhh, pagi - pagi lagi aku dah mengadap lappy . Pikir - pikir ape yang aku nak tulis arini dekat dalam belog kesayangan ni hah. Rase macam dah lame je ta update. So, meyh aku na update sesuatu arini.

Orang cakap nak kahwin ni, tengah darah manis ni memang banyak sangat dugaan yang menimpa. YES. Memang aku akui, aku sendiri memang tengah berhempas pulas melawan segala dugaan yang menimpa. Ntah kenapa tiba - tiba aku menjadi seorang yang sensitive. Haishhhhh, please lah ryna. Wake up. 

Kadang - kadang benda kecik jadi besar. Yang besar sudah semestinya jadi semakin besar. Kesian incik bakal suami terpaksa mengalah. Kadang - kadang tengok dye berangin jugak dengan sikap aku yang ta menentu ni.

Meyh aku senaraikan beberapa dugaan yang aku rasa memang semua orang tempuh masa tengah menjadi darah manis ni :DDDDDDDDD


Mudah sangat nak terasa hati..sikit-sikit nak merajuk.. benda remeh pun nak sentap.. sampai kadang-kadang susah nak kawal.. Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak.. Biasanya hati yang menang .

Bila tak dapat jumpa, rasa nak marah…sebelum tunang, tak jumpa sampai sebulan pun steady je.. selepas tunang, kalau boleh setiap weekend nak jumpa..

Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata, tak pun dengan hati yang kecewa.. Tapi bila depan mata, happyje..tak ada pun gaduh-gaduh..

Terasa susah nak kumpul duit.. Ini sejak 3-4 bulan lepas..Sebelum elaun masuk, dah plan nak simpan lebih sikit..tapi bila elaun dah masuk je, tiba-tiba ada je benda yang kena pakai duit..Terpaksa bawa plan ke bulan depan..dan begitulah seterusnya…

Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betul ke dia ni pilihan yang tepat??”, “selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…

Mula ada godaan orang ketiga.. Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat, tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun dapat hon-hon nakal…yucks!!

Kekasih lama. Dah lama hilang, tiba-tiba muncul.

Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…

Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat.. walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram..Elakkan untuk keluar berdua..Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke…




dan tak semua orang boleh tahan dengan semua dugaan..termasuklah aku.




Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin~~
P/s : maaf yea incik bakal suami atas keterlanjuran perbuatan dan perkataan yang sy sudah buat terhadap anda :(((((((((((((((((((((

Friday, 6 April 2012

#2 [WEDDING] : ITS 2 MONTHS TO GO

Hello semua kawan - kawan.

Korang semua dah sarapan pagi ke belum??? Jom makan sama - sama. Aku plak tengah busy buat preparation untuk wedding aku.

Dup dap dup dap rasa di hati ini. KENAPA?????? Sebab, tinggal 2 bulan ke aku nak tukar status ke isteri orang. HAHAHAHA. Teruja, yes memang sangat teruja sebab kawan - kawan aku semuanya dah married :)

Aku tengah survey kasut kahwin, then benda yang kecik - kecik macam goodies bag, baju, veil and etc. Aku macam dah pening dah nak buat apa sekarang ni. Sebab busy dengan kerja. Now, aku nak buat sedikit perubahan dekat blog aku ni.

Nak tau ape ???? Rajin - rajinkan lah diri semua untuk melawat blog buruk aku ni :)
Kalau sesiapa tau mana - mana online blog yang ada jual kasut wedding, please tinggalkan link kat blog aku yea :)
Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah