Friday, 27 January 2012

PERHATIAN KAUM ADAM

Hello kawan - kawan sekalian. 

TERUTAMA SEKALI UNTUK KAUM ADAM.

Silalah rujuk gambar dibawah ini. Sila baca dengan teliti yea :)))) Pahamkan setiap ayat yang ditulis.


KHAS UNTUK KAUM ADAM
**untuk yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin (Incik Fitri sila take noted)

Kadang - kadang yang sudah bergelar suami pun tidak tahu tentang tanggungjawab sebagai suami. Buat - buat lupa atau sengaja lupa tak tahulah. Jadi aku nak ingatkan pada semua yang bernama suami, jangan sesekali lupakan tanggungjawab dan jangan lepaskan semua pada perempuan atau isteri. Pada yang bakal jadi suami aku rasa dalam kursus kahwin mesti ada jelaskan. Kalau boleh ingat sampai akhir hayat :)))))

1. SUAMI KENA ADIL
Tanggungjawab utama suami terhadap isterinya mestilah adil kerana isteri adalah amanah Allah yang diserahkan pada si suami..

Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.

Suami hendaklah menjaga isteri dan bukannya menjadikan isteri sebagai hamba walaupun disebutkan diatas sebagai mengawal isteri. Maksud mengawal isteri ialah mengawal isteri itu daripada melakukan perkara - perkara yang ditegah oleh Islam. Suka ye suami bila cakap boleh kawal isteri tapi berpadalah. Takkanlah isteri nak keluar dengan kawan - kawan pun tak bagi. Bagilah ruang pada isteri untuk keluar bersama kawan - kawan. Asalkan isteri tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam. Tahukan apa yang ditegah dalam Islam. Takkan nak aku cerita gak.3 hari 2 malam pun tak habis.

2. SUAMI SEBAGAI PEMIMPIN KELUARGA
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam keluarga. Suami yang akan membuat keputusan yang  membabitkan keluarganya tapi lebih elok lagi kalau bawak berbincang sesama keluarga. Barulah keputusan adil dan saksama.Tanggungjawab ni sangat besar oleh itu para suami atau bakal suami perlu bersedia memimpin keluarga yang dibinanya.

3. NAFKAH
Suka sangat tanggungjawab yang ketiga ni sebab kebanyakan lelaki suka mempertikaikan tanggungjawab ini. Suami hendaklah memberi nafkah zahir dan batin mengikut kemampuannya. Mesti sediakan keperluan asas kepada isteri iaitu: makanan yang mencukupi,pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah
"dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."
(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang secukupnya kepada isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Janganlah bila isteri kerja langsung tak bagi duit ye cik abang sekalian. Ada yang bagi pun kadang-kadang sikit. Alasannya isteri bekerja. Janganlah macam tu ye. Tak baiklah.ada fikir tak makan minum isteri tu bila kat luar. Walaupun isteri bekerja makan minum tu kan tanggungjawab suami. Fikirkanlah.
Untuk pakaian pula, isteri berhak dapat pakaian sesuai mengikut keadaan dan kemampuan suami.kalau cerita pasal pakaian pula ada suami lepas tangan. Lebih - lebih lagi kalau isteri bekerja. Baju raya pun isteri beli sendiri. Tak patutkan. Bukan pakaian isteri je kadang - kadang anak - anak punya pakaian isteri juga kena belikan.pelik - pelik dunia sekarang.
Isteri juga berhak mendapatkan tempat tinggal yang selesa,selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Sesetengah isteri bukanlah minta banglo mewah tapi cukuplah sekadar tempat tinggal yang selesa dan yang paling penting dapat bersama dengan orang tersayang. Tak semua perempuan pisau cukur.
Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Jangan serahkan pada isteri. Boleh serahkan pada isteri tetapi bagilah kewangan yang cukup. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami kena ikhlas walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri. Jangan paksa-paksa bila isteri letih..

4. PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dalam institusi keluarga, suamilah yang akan main peranan memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak.Oleh itu,bakal-bakal suami dan suami diluar sana perlulah melengkapkan diri dengan pendidikan agama supaya dapat mengajar anak dan isteri. Kalau rasa-rasa belum cukup ilmu didada jangan kahwin.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini,tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Jangan pula isteri yang ajar suami pula. Kalau suami terima tak pelah tapi ada sesetengah lelaki jahil tentang agama tak boleh terima kalau isteri cerita pasal hukum semua.

5. PELINDUNG
Suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri sentiasa berasa senang hati tanpa rasa susah hati dan sengsara.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati isteri tidak terluka dengan sikap suami. Jika isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan akhlak isteri dan tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Untuk memastikan suami dapat bersabar dengan kerenah isteri, suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Suami perlulah bersabar dengan kerenah isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah, isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah,pada ketika ini suami hendaklah melayan isteri dengan baik dan lemah lembut.Hati wanita ni sangat lembut. Apabila dilayan dengan baik dan lemah lembut maka akan lembutlah hati wanita tersebut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka suami menengking isteri. Akibatnya,rumahtangga akan menjadi goyah.

6. MELAYAN DAN MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Tapi bergurau jangan berlebih-lebih pula takut isteri pulak yang terasa hati. Suami hendaklah menggembirakan hati isteri apabila berehat dengannya dengan bergurau senda secara sederhana.A pabila menggauli isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

Itu sahaja tanggungjawab suami. Wahai suami-suami diluar sana jangan lupakan tanggungjawab anda kerana isteri adalah amanah Allah yang diberikan. So,hargailah isteri anda. Nanti saya akan post entry tanggungjawab isteri pula.Tungggggggggggggguuuuuuuuuuu.
Sangat best if dapat suami yang sangat memahami :)

1 comment:

DaYiNi said...

seram pulakk bilaa dah baca ~ huuu

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah