Saturday, 14 January 2012

KENAPA LELAKI DIPANDANG RENDAH OLEH KAUM WANITA

Salam Blogger semua.

Rindu rasenya nak update blog. Aicehhhh ayat tak boleh blah. Macam dah setahun tak update. Padahal baru je sehari. HAHAHA. Rindu nak menulis lah. 

Okeyh, arini aku nak sharing sedikit info yang aku dapat lah kan time tangan aku ni gatal meng-google tadi. Just nak let others know lah kan.

Sekarang ni, korang dah boleh nampak kan macam kaum wanita sentiasa kehadapan. Maju kehadapan. Bukan aku nak cakap lelaki ni tak bagus tapi, aku nak korang tau yang even wanita ni sentiasa jadi no satu, tapi, dalam Islam, lelaki sentiasa jadi pempimpin. Aku harap korang paham lah dengan apa yang aku cuba nak sampaikan.

Aku nak share 10 SEBAB KENAPA LELAKI NI DIPANDANG RENDAH OLEH KAUM WANITA. So, trylah korang tengok, BF korang or korang sendiri (bagi kaum lelaki) ada ke ciri - ciri yang aku senaraikan dibawah ini :D

1. Dah ada awek kau nak pegang - pegang. Elok - elok awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia. Konon special untuk kau seorang. Bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye - bye. Wah, KAU LELAKI GATAL.

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. Berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun takpe. JKonon kau penyabar. Tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam - macam alasan kau bagi. Lepastu siap minta duit lagi kat mak. Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau. Konon kaulah lelaki paling gentleman. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab taknak bersesak-sesak berdiri. Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua. Nampak je ade awek cun, makin semangat kau. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta. Padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau. Bukan harta kau tapi harta bapak kau. Aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. Bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat - kuat. Semua f**k, s**t, macam - macam lagi smua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup. Konon untuk kepuasan diri. Tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat. Bab agama kau aci mengelat. Herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. Kau suka kutuk - kutuk and gelak - gelak kat gambar perempuan kat FB. Kau kata konon bajet cun. Habis yg kau amik gambar jelir - jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? Haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. Time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk n air mata. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak. Wei, KAU LELAKI EGO.

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata. Kadang - kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. Alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

p/s : Btw, tak semua orang macam tuh okeyh. Hope pasangan pilihan korang tu memang takde tersenarai dekat sini langsung. 

Selamat berbahagia !
Mr buah haty sentiasa yang terbaik bagi saya.

No comments:

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah