Saturday, 28 January 2012

CONTEST BERTUDUNG BY INTAN AND DYLLA

**Sila click banner di atas if korang nak join contest ni. Jom join reramai, lambat lagi nak closing date :]

Okeyhh all. Arini aku nak join contest lagi yea. Aku rasa macam best jerp kan contest ni sebab aku macam dah lame tak post gambar - gambar ciut kat sini.

So, this is my favourite pictures :)
..

..

..

..

..

..

..

Hopefully aku boleh jadi juara yea.
Psst, ada gaya model tak picture diatas ??

So, aku TAG mereka ini untuk join contest ini :)


BERSEDIAKAH AKU

Salam Readers :)

Dah lama tak menulis. Bila dah start menulis macam dah tak boleh nak berhenti je sekarang ni. Lately ni aku memang sangatlah busy yang teramat sangat. Banyak benda nak kena buat. Then, aku plak dah nak kena outstation next month lagilah banyak benda aku nak settlekan. Btw, aku tak boleh nak malas - malas sebab gaji baru naik ni. HAHAHAHA. So, gembira sangat.

Cakap pasal gaji, aku cakap dengan buah haty aku sorang tu, "ucuk, ni maybe rezeki nak kahwin kowt??". Bila sebut pasal kahwin, aku terus pikir, sudah bersediakah aku ?? Boleh ke aku bangkit lepas aku mengalami kekalahan dulu ??? Yelah, bila aku pikir - pikir balik, macam - macam benda yang aku perlu buat. 

Macam - macam persoalan yang aku timbulkan untuk diri aku sendiri.
1. Bersediakah aku untuk menjadi seorang isteri ?
2. Bersediakah aku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri ?
3. Bersediakah aku untuk sehidup semati dengan suami aku sendiri ?
4. Bersediakah aku untuk mentaati suami aku ?
5. Bersediakah aku untuk menjaga diri dan keluarga aku sendiri ?
6. Bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu ?

BERSEDIAKAH UNTUK SEMUA CABARAN DAN DUGAAN ????? Ini yang paling menjadi ketakutan dalam diri aku sekarang ni.

** aku pilih picture ni sebab aku memang tabik springggg sangat dekat pasangan Beckam ni. Even keluar macam - macam spekulasi, Victoria still trust pada Beckham :)

Tapi aku cakap dengan sweetheart aku, Insyaallah aku mampu untuk mengharungi semuanya. Insyaallah kami boleh hadapi bersama - sama. Bab kahwin ni memang tak boleh nak dibuat main - main. Sebab aku taknak lah kahwin tak sampai sebulan dah nak cerai. Aku nak hubungan yang kekal sampai ke anak cucu.

Tapi aku nak cakap dulu ni kat bakal suami aku, aku ni nakal sedikit tapi aku manja. HAHAHAH. Senang yea untuk mengawal aku, and menjaga aku. Tak susah pun yea.

Sekarang ni kami tengah berbincang pasal tarikh pertunangan. Insyaallah if jadi, lagi 5bulan aku bertunang untuk kesekian kalinya. Apa yang aku harapkan, dia orang yang terakhir. AMIN
B2B

Friday, 27 January 2012

PERHATIAN KAUM ADAM

Hello kawan - kawan sekalian. 

TERUTAMA SEKALI UNTUK KAUM ADAM.

Silalah rujuk gambar dibawah ini. Sila baca dengan teliti yea :)))) Pahamkan setiap ayat yang ditulis.


KHAS UNTUK KAUM ADAM
**untuk yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin (Incik Fitri sila take noted)

Kadang - kadang yang sudah bergelar suami pun tidak tahu tentang tanggungjawab sebagai suami. Buat - buat lupa atau sengaja lupa tak tahulah. Jadi aku nak ingatkan pada semua yang bernama suami, jangan sesekali lupakan tanggungjawab dan jangan lepaskan semua pada perempuan atau isteri. Pada yang bakal jadi suami aku rasa dalam kursus kahwin mesti ada jelaskan. Kalau boleh ingat sampai akhir hayat :)))))

1. SUAMI KENA ADIL
Tanggungjawab utama suami terhadap isterinya mestilah adil kerana isteri adalah amanah Allah yang diserahkan pada si suami..

Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.

Suami hendaklah menjaga isteri dan bukannya menjadikan isteri sebagai hamba walaupun disebutkan diatas sebagai mengawal isteri. Maksud mengawal isteri ialah mengawal isteri itu daripada melakukan perkara - perkara yang ditegah oleh Islam. Suka ye suami bila cakap boleh kawal isteri tapi berpadalah. Takkanlah isteri nak keluar dengan kawan - kawan pun tak bagi. Bagilah ruang pada isteri untuk keluar bersama kawan - kawan. Asalkan isteri tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam. Tahukan apa yang ditegah dalam Islam. Takkan nak aku cerita gak.3 hari 2 malam pun tak habis.

2. SUAMI SEBAGAI PEMIMPIN KELUARGA
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam keluarga. Suami yang akan membuat keputusan yang  membabitkan keluarganya tapi lebih elok lagi kalau bawak berbincang sesama keluarga. Barulah keputusan adil dan saksama.Tanggungjawab ni sangat besar oleh itu para suami atau bakal suami perlu bersedia memimpin keluarga yang dibinanya.

3. NAFKAH
Suka sangat tanggungjawab yang ketiga ni sebab kebanyakan lelaki suka mempertikaikan tanggungjawab ini. Suami hendaklah memberi nafkah zahir dan batin mengikut kemampuannya. Mesti sediakan keperluan asas kepada isteri iaitu: makanan yang mencukupi,pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah
"dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."
(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang secukupnya kepada isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Janganlah bila isteri kerja langsung tak bagi duit ye cik abang sekalian. Ada yang bagi pun kadang-kadang sikit. Alasannya isteri bekerja. Janganlah macam tu ye. Tak baiklah.ada fikir tak makan minum isteri tu bila kat luar. Walaupun isteri bekerja makan minum tu kan tanggungjawab suami. Fikirkanlah.
Untuk pakaian pula, isteri berhak dapat pakaian sesuai mengikut keadaan dan kemampuan suami.kalau cerita pasal pakaian pula ada suami lepas tangan. Lebih - lebih lagi kalau isteri bekerja. Baju raya pun isteri beli sendiri. Tak patutkan. Bukan pakaian isteri je kadang - kadang anak - anak punya pakaian isteri juga kena belikan.pelik - pelik dunia sekarang.
Isteri juga berhak mendapatkan tempat tinggal yang selesa,selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Sesetengah isteri bukanlah minta banglo mewah tapi cukuplah sekadar tempat tinggal yang selesa dan yang paling penting dapat bersama dengan orang tersayang. Tak semua perempuan pisau cukur.
Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Jangan serahkan pada isteri. Boleh serahkan pada isteri tetapi bagilah kewangan yang cukup. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami kena ikhlas walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri. Jangan paksa-paksa bila isteri letih..

4. PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dalam institusi keluarga, suamilah yang akan main peranan memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak.Oleh itu,bakal-bakal suami dan suami diluar sana perlulah melengkapkan diri dengan pendidikan agama supaya dapat mengajar anak dan isteri. Kalau rasa-rasa belum cukup ilmu didada jangan kahwin.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini,tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Jangan pula isteri yang ajar suami pula. Kalau suami terima tak pelah tapi ada sesetengah lelaki jahil tentang agama tak boleh terima kalau isteri cerita pasal hukum semua.

5. PELINDUNG
Suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri sentiasa berasa senang hati tanpa rasa susah hati dan sengsara.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati isteri tidak terluka dengan sikap suami. Jika isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan akhlak isteri dan tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Untuk memastikan suami dapat bersabar dengan kerenah isteri, suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Suami perlulah bersabar dengan kerenah isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah, isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah,pada ketika ini suami hendaklah melayan isteri dengan baik dan lemah lembut.Hati wanita ni sangat lembut. Apabila dilayan dengan baik dan lemah lembut maka akan lembutlah hati wanita tersebut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka suami menengking isteri. Akibatnya,rumahtangga akan menjadi goyah.

6. MELAYAN DAN MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Tapi bergurau jangan berlebih-lebih pula takut isteri pulak yang terasa hati. Suami hendaklah menggembirakan hati isteri apabila berehat dengannya dengan bergurau senda secara sederhana.A pabila menggauli isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

Itu sahaja tanggungjawab suami. Wahai suami-suami diluar sana jangan lupakan tanggungjawab anda kerana isteri adalah amanah Allah yang diberikan. So,hargailah isteri anda. Nanti saya akan post entry tanggungjawab isteri pula.Tungggggggggggggguuuuuuuuuuu.
Sangat best if dapat suami yang sangat memahami :)

ADA APA DENGAN NO.3

Hoi dah malam lah. Pegi tido :))))

Hehehe. Aku tak terasa nak tido pun sekarang ni pasal aku rindu nak update entry kat blog ni hah. Rindu yang teramat sangat untuk menulis.


Korang nampak tak number three yang kat atas ni ??? Agak - agak korang, korang tau tak apa maknanye ???? Sape yang dapat teka dengan tepat ? Orang yang 1st teka dengan tepat aku belanja topup RM5. So, sila comment dengan cepatttttttttttttttttt :))))))))))))
Aku teruja nak tunggu :DDDDDDDD

Wednesday, 18 January 2012

BLOG AKU TERSENARAI DALAM 300 PESERTA SESI PERTAMA

Selamat pagi semua.

Pagi ni aku actually tengah sakit hati yang teramat dengan incik Fitri tuh. Menyirap yang amat sampai tak boleh nak cakap ape. Plus, aku baru je balik keje.

Tapi, bila bukak blog MR MUASHRI ni, hilang semua kemarahan. Mana taknye, blog aku termasuk dalam 300 peserta sesi pertama untuk contest blog cunnnnn. Hehehe. Excited gler sebab baru first time aku join and aku tersenarai dalam pilihan pertama. Padahal banyak lagi peserta lain yang lagi berbakat dan blog mereka lagi menarik.

Ceerrrrr tengok kat bawah ni, hehehehe.

** tengok kat box merah, aku no 64 tau. Hehehehe :))

So, hopefully aku berjaya lah menang grand prizes. Memang excited sangat sebab hadiah yang ditawarkan sangat menarik yea. 

Tuesday, 17 January 2012

CIRI GADIS YANG TIDAK DISUKAI OLEH LELAKI

Hi and Hello.

Aritu aku ada bagi kenapa lelaki dipandang rendah oleh perempuan. Betul tak ?? Aku rasa kalau kaum perempuan baca confirm mereka LIKEEEEEE sangat entry tu kan ??? So, today, aku nak bagi pulak apa ciri - ciri wanita yang tidak disukai oleh lelaki. 

Mungkin ada sebahagian di kalangan kita ni termasuk dalam kategori yang aku akan senaraikan ni. So, pada mereka yang terlibat, belum terlambat lagi if korang nak berubah. Yelah, bukan untuk kebahagiaan orang laen, untuk korang jugak kan????

CIRI - CIRI WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI

WANITA CEMBURU
Suka akan cemburu merupakan sifat yang pertama sekali yang tidak diminati oleh seorang suami dari isterinya. Cemburu disini merujuk kepada keraguan atau kurang kepercayaan. Para suami meminta akan sebahagian sifat cemburu itu untuk memperkuatkan ikatan cinta mereka, akan tetapi mereka menolak ketidak percayaan (keraguan) yang boleh menimbulkan pelbagai permasalahan dalam rumah tangga. Para suami menginginkan kepercayaan dari isteri mereka tetapi tidak perlulah berlebih-lebihan sehingga setiap langkah mereka lalui perlu dicerita dan diungkapkan.

WANITA EGO SEPERTI RATU
Adapun yang kedua adalah wanita yang ego seperti ratu, yang ingin berkuasa, inginkan cinta suaminya hanya kepadanya semata-mata, kepatuhan, dan sentiasa tunduk hanya kepadanya sahaja. Dia akan marah melihat suaminya lebih mementingkan orang lain atau mencintai selain darinya. Seperti cemburu kepada sanak saudara, atau teman-teman suaminya. Tindakan seperti ini kadang-kadang boleh menimbulkan banyak masalah. Dengan sikap sedemikian itu, isterinya telah mengehadkan keperibadian suami, ini akan menyebabkan timbulnya permasalahan dengan sanak saudara dan teman-teman suaminya . dengan sikap seperti itu, isterinya telah menjadikan suami kurang selesa dan boleh ketahap benci dengan kehidupan rumah tangganya. Sikap seperti itu bukannya dikatakan cinta tetapi lebih kepada penguasaan, pemilikan. Maka wajib bagi isteri ini untuk melakukan perubahan dan sedar akan tingkah laku tersebut. Tidak mungkin si suami akan terlepas dari kerabat saudara mara dan teman-temannya dan begitu juga sebaliknya.

WANITA DERHAKA
Yaitu isteri yang tidak redha dengan kehidupan rumah tangganya. Dia sentiasa membantah dan membangkang akan suaminya tentang segala sesuatu. Isteri seperti ini tidak bersikap “gonaah” iaitu menerima apa seadanya, sentiasa mahukan tambahan dan lebih dalam segala sesuatu. Dengan sikap seperti ini, dia telah memberi satu tekanan terhadap suaminya bagi memenuhi kesemua keinginannya. Dia tidak perduli darimana dan bagaimana si suami boleh memenuhi kesemua tuntutannya, apa yang penting baginya adalah kehendaknya tercapai dan dipenuhi. Isteri seperti ini dikatakan jenis perosak rumah tangganya sendiri. Dia hanya mencari kebahagian hanya untuk dirinya sahaja terutama dari segi harta dan bukannya cinta. Dia tidak menjaga suami dan rumah tangganya. Pada kebiasaanya keadaan seperti ini akan berakhir dengan penceraian.

WANITA YANG LALAI DAN ALPA
Wanita seperti ini tidak layak untuk digelar isteri. Dia langsung tidak menaruh perhatian terhadap suami dan rumah tangganya. Tidak berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan suaminya. Di sini si suami merasakan tidak mendapat perhatian dan isteri tidak mencintainya atau seperti diri suaminya tidak wujud. Kadang kala boleh menyebabkan si suami bertindak kasar terhadap isterinya bagi tujuan membetulkan keadaan. Akan tetapi jika si isteri tidak berubah juga, maka akan sulit bagi suaminya. Hal ini menjadikan si suami tidak menaruh perhatian terhadap isteri dan tidak mesra dalam segala hal dan boleh berakhir dengan perpisahan. Maka mulai sekarang, sebaiknya isteri mula memberikan perhatian dan memainkan peranan mereka terhadap suaminya.

WANITA YANG BERSIFAT KEANAKKAN
Yaitu wanita yang sukar untuk berdikari yang suka bergantung kepada ibunya, dan terikat dengannya, bersandar kepadanya dalam segala hal. Dia tidak mampu melaksanakan tanggungjawap. Kebanyakan ibunyalah yang membuat keputusan dan menentukan segala perkara berkaitan dengan rumah tangganya. Maka anak perempuannya seperti kanak-kanak yang dibawah asuhannya semasa kecil.sifat seperti itu, dia tidak layak menjadi seorang ibu bagi anak-anaknya. Si suami merasakan seperti dirinya menikahi ibu mertuanya kerana ibu mertuanyalah yang banyak membuat keputusan dalam menentukan, dan mengaturkan segala urusan rumah tangga meraka. Maka wajib bagi isteri seperti itu belajar memikul tanggungjawap dan bertindak seperti wanita yang dewasa yang digelar isteri dan ibu kepada anak.

GADIS YANG MENGABAIKAN RUMAH TANGGA
Pada era moden ini, ramai para wanita yakni isteri yang berkerja atau berkerjaya dalam bidang masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan sesetengah pekerjaan memerlukan perhatian yang penuh dan serius. Akan tetapi terdapat perbezaan diantara isteri yang berkerjaya dan isteri yang mengabaikan tanggungjawap rumah tangganya. Terdapat banyak isteri yang bekerja, tetapi mereka dapat melakukan segenap pekerjaan rumah tangga dan memberikan perhatian terhadap berbagai keperluan suami dan anak-anak mereka. Isteri seperti ini tidaklah mengabaikan tanggungjawapnya terhadap keluarga. Maka isteri haruslah bijak menyeimbangkan antara kerjaya dengan suami dan anak-anak. Janganlah menjadikan faktor kerjaya punca berlakunya ikatan kekeluargaan itu tidak mendapat perhatian, kasih sayang sehinggakan si suami merasa kehilangan kemeseraan akhirnya menyebabkan permasalahan dianatar suami isteri.

GADIS YANG LEMAH DAN BERPUTUS ASA
Isteri seperti ini pada kebiasaannya pasrah dengan keadaan persekitarannya dari segi keluarga atau teman-temannya. Dia cepat berputus asa dan tidak ada motivasi untuk membaiki pulih keadaan dan lemah untuk membuat keputusan dengan dirinya sndiri. Dia lebih kepada menyendiri dirinya berbanding berbincang atau mengadakan musyawarah atau memberi pendapat. Sifat yang lemah, menurut kata, dan tidak boleh melaksanakan tanggungjawap. Punca berlakunya perkara sedemikian adalah keluarganya sendiri yaitu sikap keras si ayah, dan diamnya si ibu. Maka suami pun kehilangan teman yang boleh di ajak berbincang dan memberi nasihat. Isteri perlulah mengatasi perkara seperti ini sebaik yang mungkin bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

GADIS YANG CEPAT BERBURUK SANGKA
Adalah tidak baik bagi isteri yang mempunya sifat seperti ini dimana si isteri mudah untuk mengambarkan suaminya dengan gambaran yang tidak bagus.sebagai contohnya, apabila suaminya lambat tiba dirumah apabila sudah tamat waktu bekerja, si isteri meyangkakan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Apabila si suami mendapat menyakit, si isteri mula menjauhkan dirinya dan mengabaikan tanggungjawapnya. Isteri semacam ini akan mendorong suami khawatir dan was-was.

GADIS YANG MENCARI KESEMPURNAAN
Yaitu isteri yang suka akan kesempurnaan dalam segenap perkara sehinggakan berlebih-lebihan, ini boleh menyebabkan si suami dan jiran tetangga merasa kurang selesa atau jengkel. Tabiat seperti ini membuatnya bertindak melulu-lulu dalam kehidupan rumah tangganya. Dia menginginkan kesempurnaan dalam semua hal yang dilakukannya. Contohnya, sentiasa mengikuti perkembangan fesyen, baru 5 bulan membeli almari yang baru, dia mahu tukar yang baru kerana ada keluaran yang baru. Perkara seperti ini memungkinkan si suami akan bertindak keras akan perbuatan isterinya. sekalipun perbuatan itu untuk kepentingannya, dan dia tidak lagi mementingkan keridhaan istrinya.

Wahai saudariku, Sekarang, carilah untuk dirimu, sifat manakah dari kesembilan sifat tersebut yang kamu miliki? Kemudian bersihkanlah dari dirimu agar kehidupan rumah tanggamu selamat dan bahagia.
Semoga saya dijauhi dari tergolong dari golongan seperti ini :))))

Sunday, 15 January 2012

STALKER

Selamat malam semua.

Sorry lah aku lambat sket update status arini. Sebab baru berkesempatan untuk menaip. Tu pun aku menggagahkan diri untuk menaip selepas aku di serang di shoutbox sendiri oleh penyerang yang menyembunyikan diri.

Hello, aku taktau lah apa masalah ko dengan aku. Kenal pun tak, if kenal pun, aku rasa aku punya suka lah nak buat ape dekat blog aku. If ko rasa blog ko hodoh, ko boleh kot upah orang suruh buatkan blog ko jadi chantek. Maybe ko jealous kot tengok blog yang ko jelajah semuanya chantek belaka. Tak macam blog ko. Aku ni tade maknenye nak membangga diri dengan blog yang aku ada.

Hak ko nak komen apa pasal blog aku, tapi ADA AKU KESAH ???? If ko rasa gentleman, ko tunjukkan diri ko, tak payah lah ko nak susah payah gunakan nama orang lain. Ko ni memang ape punya masalah kan ?? Ko jangan nak bagi orang ketawa lah, ko nak serang orang tapi menyamar jadi LYSSA pulak tuh. Ko menyamar jadi seorang blogger yang terkenal. HAHAHA. Jangan ingat aku bodoh yea. Lyssa tu yang buatkan aku punye banner. Banyak yang aku mintak tolong dari Lyssa tu tau tak.

Meyh, aku nak tunjuk nan korang semua apa yang si stalker ni dah cakap dekat shoutbox aku.
 
Nampak sangat si stalker ni desprate nak suruh orang puji blog dye kan ? Then, siap nak guna name orang laen pulak tuh. Ntah ape - ape jelah budak ni. Mesty budah sekolah lagi ni :))))))))))))))))))))

Selepas aku diserang, aku terus lah email lyssa. Tengok, aku ni bukan jenis nak hentam kromo :)))

So, terbukti yang stalker tu memang ada saket otak. So, korang buat bodoh jelah. Tak payah dilayan. Nanti kita same - same saket otak macam budak ni. Doakan jelah dye supaya balik kepangkal jalan :))))))))))
Senyum, tak perlu kata apa - apa :DDDDDDDDDDDDD

Saturday, 14 January 2012

KENAPA LELAKI DIPANDANG RENDAH OLEH KAUM WANITA

Salam Blogger semua.

Rindu rasenya nak update blog. Aicehhhh ayat tak boleh blah. Macam dah setahun tak update. Padahal baru je sehari. HAHAHA. Rindu nak menulis lah. 

Okeyh, arini aku nak sharing sedikit info yang aku dapat lah kan time tangan aku ni gatal meng-google tadi. Just nak let others know lah kan.

Sekarang ni, korang dah boleh nampak kan macam kaum wanita sentiasa kehadapan. Maju kehadapan. Bukan aku nak cakap lelaki ni tak bagus tapi, aku nak korang tau yang even wanita ni sentiasa jadi no satu, tapi, dalam Islam, lelaki sentiasa jadi pempimpin. Aku harap korang paham lah dengan apa yang aku cuba nak sampaikan.

Aku nak share 10 SEBAB KENAPA LELAKI NI DIPANDANG RENDAH OLEH KAUM WANITA. So, trylah korang tengok, BF korang or korang sendiri (bagi kaum lelaki) ada ke ciri - ciri yang aku senaraikan dibawah ini :D

1. Dah ada awek kau nak pegang - pegang. Elok - elok awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia. Konon special untuk kau seorang. Bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye - bye. Wah, KAU LELAKI GATAL.

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. Berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun takpe. JKonon kau penyabar. Tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam - macam alasan kau bagi. Lepastu siap minta duit lagi kat mak. Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau. Konon kaulah lelaki paling gentleman. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab taknak bersesak-sesak berdiri. Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua. Nampak je ade awek cun, makin semangat kau. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta. Padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau. Bukan harta kau tapi harta bapak kau. Aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. Bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat - kuat. Semua f**k, s**t, macam - macam lagi smua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup. Konon untuk kepuasan diri. Tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat. Bab agama kau aci mengelat. Herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. Kau suka kutuk - kutuk and gelak - gelak kat gambar perempuan kat FB. Kau kata konon bajet cun. Habis yg kau amik gambar jelir - jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? Haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. Time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk n air mata. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak. Wei, KAU LELAKI EGO.

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata. Kadang - kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. Alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

p/s : Btw, tak semua orang macam tuh okeyh. Hope pasangan pilihan korang tu memang takde tersenarai dekat sini langsung. 

Selamat berbahagia !
Mr buah haty sentiasa yang terbaik bagi saya.

Thursday, 12 January 2012

APA STUDENT IPT BUAT DENGAN DUIT MARA & PTPTN

Salam Malaysia and All Blogger.

Today aku nak talk sket pasal loan MARA and PTPTN yang budak IPTA dapat sekarang. Saja je aku bukak entry ni yelah sebab korang semua da naek sem baru kan. So, aku macam dah tau dah ape yang slalu korang buat dengan duit korang.

Dulu aku pun penah jadi student and aku dapat loan yang boleh dikatakan sangat lah banyak jumlahnya. Lumayan oke. Yelah, time tu student lah katakan. Bayangkan, aku dapat RM630 setiap bulan. Keje study jelah. Kalau pointer hebat, tak payah bayar. So, macam dapat free - free je duit. Tapi disebabkan aku ni bijak sedikit je, so aku kena bayar half je dari pinjaman aku tuh.


So, duit yang korang dapat tuh memang beriban yea. Mengalahkan orang yang penat bekerja. So, should be korang pandai manage duit korang tuh. 

So, aku nak share apa yang maybe korang akan buat dengan duit PTPTN or MARA yang korang dapat tuh.

LAPTOP / NOTEBOOK
Maybe this is the first thing yang korang akan beli. Yelah, as a student, Lappy ni memang dah jadi perkara subject utama bile masuk IPT. Byk assignment kan yang korang nak kena buat. Budak sekarang bukan mcm dulu. Dulu, takde lappy pun bole pandai. Sekarang dah advanced.


HANDPHONE / TABLET PC
Sekarang semua orang memang tengah giler gadjet kan ? So, macam - macam yang korang boleh dapat dengan duit yang sebanyak tuh. Memang ramai yang akan beli handphone dengan duit yang korang dapat. Yelah, sekarang orang pakai hp canggih - canggih, dah tak main la handphone kokak yang boleh baling anjing mati tuh. Tapi aku tak pernah yea guna duit MARA untuk beli handphone. Lappy pun bapak aku bagi. HAHAHA.
SHOPPING
Okeyhh, ini mesti oke. Mesti korang akan pergi shopping guna duit PTPTN or MARA korang tuh. Jangan tipu lah cakap korang tak beli apa - apa guna duit tuh. Time ni lah Mid Valley, or Pavi akan penuh dengan budak - budak student ni. Jangan terkejot kalau anda nampak budak muda / muka ala - ala student shopping di butik Burberry or LV ! Aku pun dulu macam tuh. Macam - macam yang aku beli dengan duit MARA tapi aku takdelah habiskan semua sebab nanti aku takde duit nak survive plak. 


BOOKS 
Okeyh, time ni maybe sedikit jerp student yang akan spent money untuk beli books yea. Maybe korang pikir notes yang lecturer bagi tu dah cukup kot ? I guess so :DDDDDDDD


SAVING ACCOUNT
Hah, yang golongan ni aku rasa macam 5% jerp yang ada. HAHAHA. Sangat sedikit yea student yang akan ingat masa depan. Selalunya student yang macam ni yang banyak berjaya sebab dorang tau macam mana nak manage duit so dorang tau macam mana nak manage their life too.

So, korang pikir lah sendiri demi kebaikan korang semua. Ingatlah duit yang orang dapat tu satu amanah, so korang kenalah gunakan sebaik mungkin duit yang korang dapat tuh. Jadilah manusia yang jujur dalam menguruskan sesuatu. Jangan nanti baru nak tergolok dah tergadah :DDDDDDD Betul ke aku punye peribahasa ??? 

Sekian, salam :)))))))))))
Aku ni bagi nasihat macam penceramah. Bukan apa, aku dah penah jadi dorang so aku tau macam mana life seorang student.


Tuesday, 10 January 2012

MAKE UP

Selamat pagi semua !!! 
Okeyh, i'm ready to work. But before that, aku nak post satu entry dulu.

Meyh korang tengok muka aku make up. 
Aku ni dah boleh jadi mak andam tak ??
HAHAHAHA.

Sesungguhnya simple itu indah !
Foundation - Naturactor 151
Eye-shadow - Victoria Secret
Eye-liner - In2it
Mascara - Maybelline
Blusher - Silky Girl
Lipstick - MAC (original yea aku pakai)

DONE !!!!!

Have a nice day gorgeous.
Tunggu buah haty amek tapi dye still membuta. Have to work at 9am :)


Monday, 9 January 2012

EZANI JUARA MASTERCHEF MALAYSIA

A BIG CLAPS HAND to Ezani Juara Masterchef Malaysia musim yang pertama.

See, seorang doktor gigi yang sibuk macam ni pun boleh menang Masterchef Malaysia. Dah lah chantek, bijak pulak tu. Memang jadi menantu pilihan kan :)))))))))))

Okeyhh, dengan kemenangan Ezani, beliau mendapat wang tunai RM100,000 dan boleh menerbitkan buku masakannya sendiri yea.

Btw, before kemenangan Ezani last night, memang dah ada berita dah pasal kemenangan Ezani. Ni aku ada tepek gmbr. Tapi tak tau betul atau tidak kesahihan cerita ini. Tapi if betul, memang ta boleh pakai la orang yang kerja kat *&$% ni sebab dah bocorkan rahsia kemenangan Ezani dekat orang ramai. 

Btw, CONGRATES to Ezani again.
Sumpah aku nak kena belajar memasak lepas ni. Malu aku nak dtg umah mak mentua if tak tau memasak :PPPPPPPPPPPP


Sunday, 8 January 2012

PRETTY vs UGLY

Hey, hey orang kampung. HEHEHE
Today, aku nak talk about pretty.

Aku nak share dengan korang semua, product apa yang aku ambil untuk memutihkan kulit aku + gebukan kulit + macam - macam lagi.
Aku tak kesah langsung lah if ada orang cakap aku ni obses terhadap kecantikan or what sebab bagi aku kecantikan satu benda yang penting bagi wanita. 
So, that's why aku ni tak kesah berhabis duit beratus or beribu sekalipun untuk kecantikan. Yelah, bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri kan ?

Okeyh, aku pakai GLUTATHIONE GLUTAX 3G
Okeyh, Glutax 3G ni adalah sejenis suntikan cologen untuk muka and badan la senang cerita. Sape yang takot pada jarum suntik tu better korang jangan lah cuba pakai benda ni yea.
Okeyh, ni aku bagi spec untuk Glutax 3G. Mesti korang nak tau benefit benda ni kan ???

Ingredients :

Glutatione 3000mg
Ascorbine Acid 1500mg
Alpha Lipoic Acid 250mg
Collagen Extract 350mg.

Packing : 5 ampoules & 5 vials

Origin : Italy

Now, a fairer and whiter, pimple and acne free complexion can be yours! Your beauty is in your hands, do not wait more, feel and see the difference in 4 weeks...! A smoother, clearer, flawless, younger, and whiter skin within, from inside-out..!

Whiten the skin faster and faster.
Glutathione content of the highest in the market.
See the difference after the first injection *

* The result depends on individual metabolism.

SEE THE DIFFERENCE IN JUST 1 MONTH! A RADIANT-FLAWLESS SKIN! PORES FINER!

YOUNGER LOOKING! ROSY-WHITE GLOW FROM HEAD TO TOE!!!

Recommended Dosage:
One ampoules/injection every week for 1 or 2 months (*depends to your body metabolism). Then can reduce the dosage to 1 injection every 2 weeks for maintainance. However, a doctor’s advice is needed if you wish to know regarding the dosage.

Injection Method:
This product is administered by intravenously (IV) or intramuscular (IM)

Not Suitable For:
- Breast feeder.
- Injection on women period.
- Allergy to vitamin (any kind).
- Pregnant woman
- Patient with cardiovascular problem

GLUTAX 3G tadi aku ambil beserta dengan ini DERMA C

Okeyh, untuk price pulak, both aku beli adalah dalam RM1K+++. 

Btw, ada banyak jenis collagen yang dijual kat Malaysia ni. 
Paling murah RM200 - RM1000++ sekotak. But if macam tak berkemampuan untuk membeli, korang boleh ambil ikot botol. Harga pun murah sedikit dari RM30 - RM100++ sebotol. 

Injection kena ambil setiap minggu selama 2 bulan without fail yea. Then baru korang boleh ambil 2 minggu sekali or sebulan sekali.

Lastly..... TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
Lepas aku pakai benda ni, aku sapu muka aku setiap hari dengan NATURACTOR. Hey korang nak beli tak foundation ni??? Aku ambil direct dari MEIKO BOOTH dekat JAPAN yea. Bukan made in China yang orang jual sekarang. If nak, boleh dapatkan dengan harga RM50 sahaja.
Maaflah, macam terlalu obses kepada kecantikan, Ni semua untuk mengelakkan buah haty saya tercinta lari cari orang lain :DDDDDDDDDDDDDDD


CONTEST BLOG TERCANTIK

Hello gorgeous semua.
Sekarang ni aku dah giler join contest lah pulak.
Kali ni contest yang aku join adalah BLOG TERCANTIK .

Kenapa aku join contest ni sebab aku rasa blog aku memang sangat cun. HAHAHA
**terasa perasaan lah sangat :P


Okeyh, if korang nak join or nak tengok entry pasal contest ni, please click banner yang kat atas tuh yea. 
Kat sana korang boleh view cara - cara and syarat yang perlu korang ikut if nak join contest ni.
Memang sangat - sangat best hadiah yang tuan punya blog sediakan.
Confirm korang memang takkan menyesal if join yea kalian :)))


Okeyh, pemenang tempat pertama akan dapat RM70 + Software blog template maker dan juga Html
WEB editor 

Okeyh, pemenang tempat kedua akan dapat RM70 + oftware Blogger Template Maker
WEB editor

Okeyh, pemenang tempat ketiga akan dapat RM30

See menarik kan hadiah yang ditawarkan ???

So, sekarang ni, aku na tag budak - budak yang aku rasa kena join contest ni.

So, please make sure korang tengok yea aku punye tagging ni <3<3<3
Berharap yang amat supaya dapat menang gelaran blog tercantik. HAHAH. Tapi chantek ke blog aku ni ???


Saya Tersenarai dalam 1,000 blog terhebat


Hello Gorgeous.
Whut, whutttt, whut ??
Blog aku tersenarai dalam 1000 blog terhebat???
TERUJA giler ini.
Jom click banner untuk tau lebih lanjut :))))))))))))

Blog korang ade ke tersenarai?? Nak join sekaki ?? Jom terjah banner tu sekarang :DDDDDDDDDDDD


Thursday, 5 January 2012

HATI - HATI DENGAN ENGLISH SONG

Selamat malam semua. 

Aku baru je terbangun dari tidur yang amat nyenyak sekali. Rase badan ni dah okeyh sedikit. Tadi punyalah ngantok mata sampaikan aku tertidur bersama baju kerja. Gler selekeh aku ni kan??

Okeyhh, today aku nak share dengan uolsss pasal English Song. Memang best kan nyanyi lagu - lagu English ni??? Bait - bait lagu dye memang best sampaikan budak kecik pun tau nyanyi and hafal.

But, aku nak mintak semua sekali berhati - hati bila nyanyi lagu English ni. Sebab kadang - kadang lagu ni membawa makna yang boleh mensyirikkan kita sebagai umat Islam.

Korang semua mesti syok sangat dengar lagu It Will Rain by Bruno Mars???
Please tengok and dapatkan erti lyrics yang diboldkan itu :)

There's no religion that could save
me (tiada agama yang boleh
selamatkan aku),
No matter how long my knees are
on the floor (tak kira berapa lama
melutut di lantai)

So, beware yea semua. Janganlah terlalu khusyuk sehingga boleh memesongkan akidah kita semua.
Lepas ni layan lagu Melayu jelah. Takpelah melewe - lewe jiwang je asalkan maksudnya kita tahu dan kita paham :)))


KISAH AMALINA PART 2

Good Morning pretty and handsome. 

Today, aku memang excited giler nak upload video ni because of Amalina dah bagi reaksi untuk gambar - gambar dia yang dah tersebar dekat internet tuh...

So, what are you waiting for ? Jom kita tengok :DDDDDDDDDDDD




If tade angin, pokok tak goyang :)




Wednesday, 4 January 2012

#3 : WORDLESS WEDNESDAY



WISHLIST FOR 2012

Hello 2012. Aku rase belum terlambat lagi kan aku nak wish HAPPY NEW YEAR to all ???

As usual, mestilah tahun baru ni semua nak baru yeaaa dakkkkkkk??? Baju baru, seluar baru, rumah baru, perabot baru, isteri baru, opssssssssss. Yang itu tak boleh. Okeyhhhhh.

Aku pun ada azam baru jugak ni. Meyh, aku nak share nan korang ape azam baru aku tahun ni. Hopefully, aku dapat lah kesemua azam - azam aku ni. Kali ni, aku nak bg  wishlist   untuk tahun 2012 dalam bentuk images. Malas nak tulis. Buat sakit tangan je type. 

Let's check it out :)))))))))))))))))

Okeyhhh, ready yea semua ..............

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA







**picture credit to google 

Okeyhhh. Picture yang last tuh korang pikir - pikir lah sendiri yea. HAHAHA. So, ni lah wishlist aku untuk tahun 2012. Aku kalau boleh ASAP nak semua benda ni on time. Tapi apakan daya, tiada budget yang mencukupi. So, HAPPY NEW YEAR ALL :))))
Sebelum ni semua azam tercapai sekerat jalan. Tahun ni kena make sure semua dapat dikecapi. Alangkah bahagianya hidup ini yea :)) 




Tuesday, 3 January 2012

KISAH AMALINA PART 1

Bagi kami kalau individu tersebut bernama Ali Bin Abu (bukan nama sebenar) ataupun artis Malaysia, kami tidak ambil pusing sangat. Tetapi jika namanya Nur Amalina Che Bakri satu nama yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu di mana beliau berjaya memperolehi 17 A1 semasa keputusan SPM 2004, bagi kami ia harus diberikan perhatian.

Biodata Nur Amalina Che Bakri

Nama : Nur Amalina Che Bakri
Umur : 20 an
Jurusan : Perubatan di University di Scotland
Kenapa Popular : Pelajar melayu pertama mendapat 17A1 dalam SPM 2004
Kenapa Popular : Pernah menjadi bahan kritikan sebab katanya tak lulus A Level

KONTROVERSI IS BEGIN

Sebelum nak start apa-apa, aku nak bagi tau pendapat aku sedikit, Orang kita iaitu ummah melayu ni memang suke jaga tepi kain orang *sorok dalm selimut*, suke nak kritik tak tentu hala, tak reti jaga hal privasi orang * lariiiikk. Apa yang aku nak bagi tau actually, kadang2 biar la sesape pun dengan gaya hidup mereka, kita jaga tepi kain kita, kubur masing-masing kata orang. Macam kes Amalina ni actualy special case sket, kita pernah melambung-lambung die sebagai PELAJAR MELAYU PALING CEMERLANG, dan automatically, expectation kita pada die dah berubah seaakan-akan die adalah seorang alien yang terlalu pandai dan sangat perfect. Well not all human perfect , ALL human arent pefect after all, terime je la.

Okeyh, ini gambar amalina mase dya in Malaysia time study dulu. Chumel jerp kan muka dye ???

Nuramalina Che Bakri , Pelajar cemerlang SPM 2004 dengan berjuta-juta A1 tu. dah keluar satu kontroversi pasal gambo eksi dan tak ingat budaya timur pulak dalam Facebook Nur Amalina Che Bakri ini.

Gambar-gambar nye macam ni la





NEW UPDATES

katanya die dah buang gambar dalam facebook, Sebijak-bijak die ni , ade jugak bimbonye sebab tak reti nak private facebook!

Apa kata korang?!!

Susah jugakkan hidup bila dah jadi orang popular ni???? Paparazzi is anywhere. So, watch out. 



Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah