Monday, 26 December 2011

PEMARAH?? JOM KAWAL

Hey babes. Happy Monday. Tup - tup dah nak habis tahun dah kan ??? Today is the last Monday on 2011. So,  hopefully semua plan yang telah dirancang berjalan dengan lancar. 

Entry hari ni aku nak cakap pasal MARAH. Kenapa marah?? Sebab lately ni aku perasan (bukan aku je tapi Fitri pun sama) yang aku asyik nak marah je. Maybe aku nak datang bulan kot. But that's not the only one reason la kan. Ntah la. Serious, penat sangat la lately. Tu yang asyik nak marah je semua orang. Sampaikan boyfren sendiri pun aku marah. Grrrrrrr. Maaflah ucuk.

So, aku nak share dengan korang semua, macam mana nak control kemarahan korang tuh lagi - lagi yang bad tempered macam aku nie. Susahkan jadi orang yang pemarah?? Memang jenis orang yang tak reti sabar kot macam ni lagi - lagi kalau berhadapan dengan orang yang tak paham bahasa kan ??

1. Sebelum melepaskan kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan korang akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi korang ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan diri sendiri.


2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika korang melepaskan kemarahan korang. Apakah tindakan korang melepaskan kemarahan akan meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan tersebut. Jika benar lebih baik bertenang, dan andainya kemarahan tersebut melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.


3 Ketika marah cuba letakkan diri sebagai diri orang yang tengah kalian marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap diri korang. Contohnya, jika korang berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.


4 Fikirkan, apakah korang diperlakukan sedemikian kerana korang dianiaya atau ia memang kesalahan sendiriatau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan korang tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan sendiri atau korang rasa sengaja dianiaya.


5 Ketika kemarahan korang sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.


6 Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan korang sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah.


7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan. Fokus cara pernafasan dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.


8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, korang boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

So, dengan cara yang aku bagi ni, korang boleh lah pratikkan. Mana tau menjadi kan ? Aku pun nak try jugak buat macam ni. Sebab aku sendiri tak suka dimarahi, sama jugak macam orang yang aku marah tuh.


Aku bukak entry ni pasal Fitri dah dok membebel suruh aku kawal sket marah tuh. So, untuk kebahagiaan buah hati aku yang sorang ni, aku sanggup lakukan apa sahaja. Sebab only one word that i can say, i love you sayang.


No comments:

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah