Thursday, 22 December 2011

APA KARAKTER LELAKI IDAMAN ANDA BERDASARKAN ZODIAK MEREKA ????

Mesti korang semua teruja baca tajuk entry aku yang ini kan ? Mesti semua tak sabar nak tengok zodiak BF masing - masing kan ???

Meyh, jom kita tengok apa karakter sang jejaka berdasarkan zodiak mereka T__________T


Capricon
Keinginan dan niat lelaki lingkungan zodiak. Capricon adalah sukar untuk difahami. Namun, mereka boleh menjadi individu yang sangat menyenangkan. Mereka jugak dikatakan seorang yang bijak.

Aquarius
Pemuda Aquarius seorang yang suka berangan. Selalunya tidak memberi perhatian kepada apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Jangan tertipu, mereka ini sentiasa dipenuhi dengan idea - idea bernas!

Pisces
Pengkhayal yang lebih suka untuk tinggal di dalam mimpi manis, lelaki Pisces gemar merungut tentang hidupnya juga terhadap semua orang di sekelilingnya. Calon baik berpasangan kerana mereka seseorang yang boleh diharapkan.

Aries
Lelaki Aries merupakan seorang yang sentiasa berbakat dan kreatif, tetapi berwaspada kerana mereka biasanya sungguh degil.

Taurus
Dikenali kerana sifat mereka yang sangat rajin, lelaki Taurus seorang yang mudah terdedah dan sensitif. Jenis yang sangat lambat dan mereka juga tidak suka bergegas ketika melakukan urusan.

Gemini
Sering mendapat tanggapan sebagai seorang yang genius. Meskipun boleh berharap dengan sempurna tentang pelbagai topik tetapi pendirian lelaki Gemini sentiasa berubah.

Cancer
Paling disenangi di antara semua. Jejaka Cancer merupakan seorang yang berhati - hati, sering menghulurkan bantuan dan perlindunga. Sifat baiknya itu sering disalah tafsir sebagai pengecut.

Leo
Sang Leo seorang yang sangat megah, kadangkala mereka kelihatan seolah - olah hampir tidak dapat didekati. Jangan tertipu kerana mereka sebenarnya mempunyai akhlak yang baik.

Virgo
Meskipun lelaki Virgo seorang yang zahirnya baik, dan mudah melahirkan rasa simpati, mereka juga boleh menjadi seorang yang terlalu praktikal. Tidak gemar pada ideologi romantik.

Libra
Seorang yang gemar berkomunikasi, banyak bercakap, dan sentiasa tahu bagaimana untuk menceriakan hati orang lain. Namun, kumpulan lelaki Libra kadangkala takut untuk mengendong tanggungjawab.

Scorpio
Si arjuna Scorpio adalah individu yang sentiasa tersembunyi, diselubungi oleh sesuatu aura yang memberikan mereka daya penarik dan mengancam tetapi pada masa yang sama disertai dengan sedikit rasa angkuh.

Sagittarius
Selain menggemari pelbagai hobi, lelaki Sagittarius adalah seorang yang sangat menarik dan berkualiti. Juga boleh menjadi seorang yang begitu naif.


So, mana satu lelaki karakter anda ? Silalah baca. Tapi jangan percaya sebab zodiak ni bukan 100% boleh dipercayai pun :P

Sayang saya berbintang Cancer. That's why, one of the reason kenapa saya sayang dia adalah karakter yang ada pada dye :)))))))))))))))))


No comments:

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah