Tuesday, 20 December 2011

10 NASIHAT UNTUK ORANG BERCINTA

Meyh, arini aku nak bagi nasihat sket dekat korang - korang yang sibuk sangat suka berchenta (aiceh macam diri sendiri ni tak macam tuh) :P . 

Aku tau korang memang gila sangat nak berchenta. Tapi, korang baca lah dulu yea nasihat - nasihat berguna dari aku ni. Memang sesuai untuk korang dan aku sendiri.
♥ Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
♥ Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
♥ Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
♥ Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
♥ Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
♥ Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
♥ Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
♥ Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
♥ Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
♥ Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Hopefully uolsssss semua akan bahagia dengan pasangan yang dipilih. Insyaallah , if ada jodoh, jauh mana pun uolssss pegi, chenta tu tetap akan ada :))))

No comments:

Newer Post Older Post Home
Boucing Red Bow Tie Ribbon

Mummy Dearies's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah